Sunday, August 30, 2015
Monday, August 24, 2015
Kesihatan anak merupakan tugas ibu bapa.
Kesihatan anak merupakan tugas ibu bapa. Huraikan.
Kesihatan bermaksud kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya. Ibu bapa mempunyai tugas penting untuk memastikan anak mereka sihat. Jadi, apakah tugas ibu bapa tersebut?
Ibu bapa hendaklah memastikan aspek pemakanan anak mereka sihat setiap hari. Diri kanak-kanak yang sedang membesar itu memerlukan vitamin dan khasiat makanan yang cukup untuk kehidupan harian. Contoh, makanan berkhasiat itu meliputi buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu.
Selain itu, anak juga boleh dijamin kesihatannya jika mereka melakukan aktiviti senaman setiap hari. Semua senaman akan menyebabkan peluh keluar lalu membuang bahan toksin badan yang berbahaya itu. Oleh itu, kanak-kanak akan berasa lebih sihat lagi bertenaga untuk menjalani kehidupan harian mereka.
Malah, ibu bapa boleh memastikan anak mereka sihat dengan membawa mereka bertemu doktor saban tahun. Pemeriksaan yang sebegini akan memudahkan doktor untuk mengesan penyakit ketika berada pada peringkat awal. Jelaslah, pemeriksaan awal lagi kerap ini akan memudahkan penyakit disembuhkan ketika peringkat awal lagi.
Kesimpulannya, ibu bapa memang mempunyai tugas berat untuk menjamin kesihatan anak dalam keadaan baik. Kegagalan ibu bapa melaksanakan tugas ini boleh menjejaskan kehidupan harian anak mereka setelah mengalami penyakit berbahaya. Slogan mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya membuktikan bahawa tugas ibu bapa dalam menjaga kesihatan anak begitu penting dilaksanakan tanpa sebarang rungutan.

Kebaikan iklan
Iklan merujuk cara memasarkan sesuatu produk kepada masyarakat umum. Antara saluran media massa yang menjadi kegemaran pengiklan untuk mengiklankan sesuatu meliputi televisyen, radio, dan akhbar. Sebenarnya, iklan banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat kita pada zaman ini.
Penggunaan iklan pada masa ini memberi galakan kepada masyarakat untuk berbelanja lebih. Orang ramai akan membeli sesuatu produk apabila mendapat tahu kewujudan produk itu menerusi iklan yang mereka tonton tersebut. Lantaran itu, amalan berjimat tidak wujud dalam kehidupan masyarakat kita terutamanya golongan remaja itu.
Selain itu, iklan juga dikatakan membawa budaya kebendaan dalam norma-norma masyarakat. Semua pihak yang terpedaya dengan iklan akan meniru gaya hidup yang ditayangkan menerusi iklan itu terutamanya aspek kebendaan tersebut. Jadi, semakin banyak iklan ditayangkan semakin tinggilah budaya kebendaan diamalkan dalam kalangan masyarakat kita tersebut.
Tambahan pula, kajian sudah membuktikan bahawa iklan boleh mempengaruhi minda masyarakat kita. Bahan yang digunakan dalam iklan menjadikan masyarakat kita sukar membezakan realiti dan fantasi itu. Sesungguhnya, kehidupan manusia zaman ini banyak didasarkan fantasi yang boleh menjejaskan kehidupan sebenarnya.
Namun, kewujudan iklan turut mendedahkan manusia tentang informasi sesuatu produk itu. Maklumat yang diutarakan dalam sesuatu iklan memudahkan masyarakat untuk menilai keperluan produk itu dalam kehidupan mereka. Ringkasnya, iklan memudahkan masyarakat untuk memilih sesuatu produk dalam kehidupan harian mereka itu.
Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan bahawa iklan mempunyai impak dalam kehidupan masyarakat kita. Cuma kita sebagai pengguna harus bijak menilai dan membuat keputusan sebelum membeli sesuatu produk itu. Peribahasa alah membeli, menang memakai harus dipegang oleh masyarakat kita kerana pembelian yang tepat sahaja boleh membantu kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik.

Masalah nelayan kita....cara mengatasi isu kemiskinan itu
Nelayan dikategorikan sebagai golongan yang bekerja meraih rezeki di laut lepas itu. Antara hasil tangkapan utama nelayan di negara ini meliputi ikan cencaru, ikan kembung, udang, dan ketam serta sotong itu. Namun, nasib nelayan di negara ini masih tidak terbela lalu pelbagai tindakan boleh dibuat untuk mengatasinya.
Tindakan yang paling tepat membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan kita ialah kerajaan memberi galakan supaya mereka menangkap ikan laut dalam. Galakan ini boleh dihulurkan oleh kerajaan dalam bentuk pemberian kapal yang lebih besar kepada nelayan kita. Akibatnya, nelayan kita boleh menangkap ikan tuna dan ikan paus yang mempunyai nilai komersial lebih baik berbanding ikan jenis lain itu.
Selain itu, kerajaan kita boleh membina lebih banyak kilang memproses hasil ikan ini terutama di kawasan perkampungan nelayan. Kewujudan kilang ini memudahkan nelayan untuk memproses lalu mengetin semua produk ikan mereka sebelum dijual kepada masyarakat dunia. Ringkasnya, nelayan boleh memperoleh lebih banyak sumber pendapatan apabila mampu menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan mudah itu.
Tambahan pula, nelayan boleh dibantu dengan pemberian pinjaman kepada mereka untuk membina rumah yang lebih selesa. Rumah sebegini akan memberikan satu suasana yang lebih baik buat keluarga nelayan terutamanya anak mereka dalam proses pembelajaran di sekolah itu. Jadi, rumah yang sebegini selesa boleh memberikan satu motivasi kepada nelayan dan keluarganya untuk terus berusaha memajukan kualiti kehidupan mereka itu.
Kemelut yang melanda nelayan kita boleh ditangani menerusi kempen kesedaran yang dibuat oleh kerajaan. Masyarakat kita masih belum memahami kepentingan dan masalah yang dialami oleh golongan nelayan itu. Maka, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan itu akan membuka mata masyarakat terhadap isu nelayan bersama-sama memberi semangat kepada golongan yang berjasa itu.
Kesimpulannya, semua inisiatif yang dihuraikan tadi mampu menyelesaikan fenomena yang dialami oleh golongan nelayan kita itu. Namun, masyarakat juga mempunyai tugas untuk membantu golongan ini dengan membeli produk yang dihasilkan oleh nelayan kita itu. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya membuktikan bahawa masalah nelayan itu memerlukan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak untuk menyelesaikannya secara efektif.

Cara atasi pencemaran alam di Malaysia
Kejadian pencemaran alam semakin ketara di Malaysia. Nyatakan kaedah yang praktikal untuk mengatasinya.
Pencemaran alam dilihat sebagai satu fenomena kemusnahan alam akibat kesilapan manusia. Antara pencemaran itu meliputi pencemaran udara, air, laut, dan juga kemusnahan hutan secara berleluasa. Sebenarnya, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengekang pencemaran daripada terus berlaku itu.
Tindakan yang paling berkesan ialah masyarakat kita mengamalkan amalan kitar semula itu. Sikap kitar semula ini boleh dipupuk jika pihak berkuasa berani meletakkan tong kitar semula di beberapa kawasan yang strategik itu. Jelaslah, amalan kitar semula tidak akan memusnahkan alam kerana masyarakat tidak membazir itu.
Selain itu, kita boleh menggunakan sumber tenaga alternatif yang tertentu seperti tenaga air, cahaya matahari, dan angin itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang dianugerahkan pelbagai sumber tenaga asli yang banyak sehingga menjadikan negara ini gelap mata untuk membuat keputusan. Akibatnya, negara kita tidak akan menggunakan minyak yang banyak menghasilkan bahan sisa kotor itu.
Tambahan pula, isu pencemaran boleh diatasi jika kawasan sungai diselenggarakan dengan baik. Penjagaan sungai penting kerana sungai yang baik akan menghalang berlakunya kejadian banjir kilat, tanah runtuh dan aliran air yang tidak menghakis tanah. Ringkasnya, sungai yang tidak bermasalah akan menjamin kualiti alam yang baik berlaku.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi berupaya untuk menjadikan alam kita lebih bersih dan berkualiti. Isu pencemaran alam harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak sebelum terlewat. Peribahasa nasi menjadi bubur mengingatkan kita agar bertindak dahulu sebelum kemelut pencemaran alam ini menjadi semakin meruncing itu.

Tindakan kerajaan mengawal isu perpaduan negara
Negara kita sedang mengalami masalah perpaduan yang kritikal terutama di kawasan yang berbilang kaum itu. Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengawal isu ini.
Perpaduan merujuk satu suasana yang harmoni dalam sesebuah masyarakat negara itu. Antara perkara yang mengancam kestabilan perpaduan itu meliputi perasaan hasad dengki, perselisihan faham, dan juga dendam kesumat. Akibatnya, pihak kerajaan perlulah melakukan beberapa tindakan supaya perpaduan di negara ini mampu dicapai itu.
Langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan itu ialah mereka menganjurkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini memiliki pelbagai aktiviti yang boleh memupuk perpaduan sesama pelajar kita yang berbilang kaum itu seperti melawat rumah kebajikan, masuk hutan berkumpulan, dan menembak senjata. Ringkasnya, PLKN boleh membentuk satu golongan remaja yang memiliki sikap toleransi sesama kaum.
Selain itu, kerajaan juga boleh mewajibkan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan negara kita terutama di sekolah menengah. Pengenalan subjek ini penting kerana banyak bahan sejarah boleh dipelajari oleh pelajar tentang kemerdekaan dan perjuangan rakyat terdahulu itu. Jadi, semakin kerap subjek Sejarah diajar di sekolah semakin tinggilah peluang untuk wujudnya perpaduan itu.
Tambahan pula, sambutan Hari Kebangsaan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam suasana yang lebih meriah tetapi bermakna. Semua lapisan masyarakat diminta untuk menyertainya dan merayakannya bersama-sama supaya wujud satu suara Malaysia yang sebenar. Lantaran itu, sambutan Hari Kebangsaan yang dirancang dengan teliti mampu membuahkan semangat cinta akan negara yang sejati secara tersirat.
Kerajaan juga boleh melancarkan Gagasan 1Malaysia yang berteraskan konsep perpaduan sesama kaum itu. Gagasan ini menekankan prinsip sama rata lalu semua projek kerajaan disalurkan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum. Sesungguhnya, gagasan ini akan memberi harapan tercetusnya semangat perpaduan kerana rakyat menyedari kerajaan berusaha membantu kehidupan mereka secara saksama itu.
Kesimpulannya, semua kaedah tadi perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan kita tanpa dalih lagi. Kegagalan untuk bertindak dengan segera mampu menjadikan rakyat Malaysia tidak bersatu hati pula lalu memudahkan musuh negara menangguk di air keruh itu. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa perpaduan itu amat penting dalam mengharungi cabaran globalisasi yang hebat ini.

Cara atasi bencana alam
Bencana alam sering berlaku terutama banjir dan tanah runtuh. Huraikan cara-cara mengatasinya.
Bencana alam tidak kerap berlaku di negara ini berbanding negara jiran seperti Filipina dan Indonesia. Antara bencana alam yang sering melanda Malaysia meliputi banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan. Maka, ada beberapa inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk menghalang bencana alam berlaku.
Kaedah yang paling mudah ialah kerajaan mewujudkan satu sistem amaran awal apabila bencana alam berlaku di negara ini. Sistem ini boleh melibatkan penggunaan siren, telefon bimbit dan juga pengumuman menerusi televisyen supaya masyarakat boleh melarikan diri dengan segera. Sesungguhnya, pengenalan sistem awal ini boleh menghalang nyawa manusia daripada terkorban itu.
Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia menghadapi bencana alam. Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku.
Tambahan pula, bencana alam boleh dikekang apabila kita menjaga keseimbangan alam itu. Kawasan bukit dan hutan hendaklah dipelihara supaya wujud dalam keadaan yang sempurna tanpa ada pembangunan tertentu. Jadi, alam yang dikekalkan keadaannya boleh memastikan bencana alam tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.
Pasukan khas menangani bencana alam boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi isu bencana alam ini. Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya, pasukan khas ini boleh dihantar untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa bencana alam dengan pantas.
Kesimpulannya, semua kaedah tadi boleh menghalang bencana alam daripada meragut nyawa manusia di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutamanya masyarakat amat diperlukan agar bencana alam tidak menjadi sesuatu yang lazim di negara ini. Peribahasa malang tak berbau mengingatkan kita bahawa kejadian bencana alam boleh menimpa sesiapa sahaja yang tidak berdosa itu.

Krisis Air di Malaysia? Apakah punca-puncanya?
Krisis air bermaksud sesuatu kawasan itu mengalami masalah pembekalan air bersih. Contohnya, beberapa kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan mengalami catuan bekalan air selama beberapa bulan akibat krisis air ini. Maka, faktor-faktor yang membawa kemelut air ini harus difahami oleh semua pihak supaya isu ini diselesaikan.
Sebab utama masalah air berlaku dikaitkan dengan fenomena musim kemarau yang keterlaluan itu. Kejadian kemarau yang berpanjangan ini merupakan fenomena yang di luar jangkaan semua pihak lalu menyebabkan langkah untuk mengawal bekalan air tidak dilaksanakan segera. Akibatnya, banyak kawasan tadahan air hujan dan loji air tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk keperluan masyarakat kita itu.
Selain itu, krisis air ini disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang suka membazirkan air tersebut. Amalan negatif ini wujud kerana kadar tarif bekalan air di Malaysia begitu rendah menyebabkan masyarakat tidak menghargai kemudahan bekalan air bersih itu. Ringkasnya, masalah air berlaku kerana rakyat negara ini tidak memahami betapa pentingnya bekalan air bersih itu lalu membazirkannya sahaja.
Tambahan pula, penyelenggaraan paip air yang tidak efektif telah menjadikan kemelut ini semakin serius. Pihak yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan ini tidak menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sehingga membawa pelbagai kejadian paip pecah yang membazirkan air itu. Lantaran itu, sikap sambil lewa pihak berkuasa dalam menjaga paip air telah membawa krisis air ini terus menjadi bahan berita semasa negara ini.
Kajian telah membuktikan bahawa krisis air ini disebabkan juga oleh kadar pembangunan yang keterlaluan oleh pihak berkuasa. Apabila pembangunan dilaksanakan tanpa kawalan sudah pasti kualiti bekalan air yang diperoleh menjadi tidak baik kerana permintaan yang terlalu tinggi itu. Jelaslah, pembangunan yang drastik ini membawa isu bekalan air menjadi meruncing.
Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan krisis air di negara ini memang wujud. Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya masyarakat tidak dibebankan dengan masalah air saban tahun itu. Slogan jimatkan penggunaan air harus menjadi pegangan dalam jiwa rakyat Malaysia supaya krisis air ini tidak lagi menjadi mimpi ngeri masyarakat kita.

Kebaikan amalan bercuti
Amalan bercuti dalam kalangan masyarakat kita sudah mula mendapat sambutan umum. Percutian itu boleh dilakukan di dalam negara atau di luar negara mengikut kemampuan diri seseorang itu. Lantaran itu, banyak kebaikannya apabila amalan bercuti ini menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat moden.
Kepentingan utama bercuti ialah masa dapat dihabiskan bersama-sama ahli keluarga. Percutian selama seminggu atau dua minggu itu pasti merapatkan hubungan sesama ahli keluarga menerusi interaksi yang positif. Akibatnya, keluarga itu akan menjadi lebih intim dan mampu mengatasi pelbagai cabaran hidup moden.
Selain itu, minda seseorang menjadi lebih tenang apabila berada di dunia percutian mereka itu. Ketenangan ini berlaku kerana mereka berada di tempat yang berbeza daripada kebiasaan dalam hidup mereka itu. Sebenarnya, aspek ketenangan ini penting dicapai kerana hidup zaman globalisasi ini penuh tekanan.
Tambahan pula, amalan bercuti sebegini boleh mendatangkan pelbagai pengalaman baru. Pengamatan yang teliti terhadap cara hidup masyarakat setempat, makanan, pakaian, dan sebagainya boleh menimbulkan rasa unik. Ringkasnya, percutian menjadikan seseorang itu memperoleh banyak pengalaman baru.
Percutian turut membawa wujudnya hubungan sosial dengan masyarakat umum. Sudah pasti berlaku perhubungan persahabatan dengan individu dari negara yang dilawati itu dalam amalan bercuti ini. Maka, hubungan sosial yang terhasil ini boleh menjadikan kehidupan seseorang itu lebih bermakna lagi.
Kesimpulannya, semua kepentingan bercuti itu tadi memang berlaku apabila diamalkan secara kerap. Apabila semua ahli masyarakat kita sering bercuti sudah pasti kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan harmoni itu. Peribahasa jauh perjalanan, luas pandangan membuktikan bahawa kehidupan yang dipenuhi dengan amalan bercuti ini akan menajamkan minda seseorang erti kehidupan manusia sebenar.

Kesan Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
Kejadian kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun di Malaysia.
Huraikan kesan-kesannya.
Kemalangan jalan raya bermakna satu kejadian kemalangan yang membawa kematian dan kecederaan manusia. Biasanya, kemalangan berlaku di kawasan jalan kampung yang sempit dan berselekoh itu. Jadi, ada banyak impak yang berlaku apabila kejadian ngeri ini terjadi di jalan raya itu.
Akibat yang pertama ialah kemalangan boleh meragut banyak nyawa dan kecederaan dalam kalangan masyarakat kita. Banyak kematian berlaku kerana pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan terutamanya memandu dalam keadaan yang laju dan mengantuk itu. Lantaran itu, hentaman atau pelanggaran yang berlaku begitu kuat sehingga mangsa kemalangan terkorban pula.
Selain itu, kerugian dalam aspek kewangan turut berlaku apabila sesuatu kejadian kemalangan terjadi itu. Setiap kemalangan pasti membawa kerosakan kenderaan yang perlu dihantar ke bengkel kereta untuk dibaiki dengan kos yang tinggi. Sesungguhnya, pengguna akan kerugian wang apabila kereta mereka terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya itu.
Tambahan pula, kekerapan kemalangan jalan raya yang berlaku boleh menyebabkan imej negara pada mata orang asing terjejas. Orang ramai akan beranggapan bahawa pengguna jalan raya negara ini tidak bertanggungjawab dan suka memandu dalam keadaan bahaya pula. Jelaslah, maruah dan imej negara akan dipandang rendah oleh masyarakat terutamanya pelancong asing jika kemalangan terus berlaku.
Kejadian kemalangan jalan raya yang berleluasa turut menjadikan masyarakat berasa gerun untuk menggunakan kemudahan awam itu. Perasaan takut dan bimbang wujud kerana mereka berpendapat jalan raya amat bahaya dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Maka, jalan raya di negara ini akan menjadi kosong kerana masyarakat bimbang tentang keselamatan mereka itu.
Konklusinya, semua kesan kemalangan jalan raya itu akan berlaku apabila kadar kemalangan ini tidak dikawal oleh pihak berkuasa. Usaha mengenakan denda yang lebih tinggi dan berat harus dilaksanakan kepada pengguna yang memandu secara berbahaya itu.Peribahasa biar lambat asal selamat harus menjadi pegangan setiap pengguna jalan raya kerana nyawa mereka lebih penting daripada cepat sampai ke destinasi itu.

Kebaikan amalan membaca
Amalan membaca dalam diri pelajar harus ditekankan oleh semua pihak.
Huraikan kebaikannya.
Amalan membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang pelajar itu. Antara bahan bacaan itu meliputi novel, majalah dan akhbar yang banyak dijual di kedai-kedai buku itu. Sebenarnya, amalan ini mempunyai banyak faedah kepada diri pelajar apabila dilakukan secara kerap.
Kebaikan yang ketara ialah membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan seseorang itu. Aktiviti membaca pasti membawa pelajar memperoleh maklumat terkini tentang sesuatu perkara itu seperti penemuan kajian sains yang mengejutkan itu. Lantaran itu, diri pelajar sering terdedah pada kajian saintis yang sering berubah-ubah mengikut zaman.
Selain itu, membaca juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa pelajar. Penemuan saban hari istilah atau kosa kata baru yang difahami setelah memeriksa kamus itu akan meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar tersebut. Sesungguhnya, penggunaan kosa kata dalam diri pelajar akan menjadi meluas dan menjadikan pelajar mahir dalam penulisan pula.
Tambahan pula, pemikiran pelajar menjadi lebih baik atau matang apabila kerap membaca bahan akhbar dan majalah. Pembacaan menjadikan pelajar mengetahui banyak isu daripada pelbagai sudut pandangan masyarakat itu tanpa mengira positif atau negatif. Jelaslah, pelajar akan menimbang sendiri semua fakta yang dihuraikan dalam pembacaan itu lalu mampu membuat kesimpulan yang bernas.
Sikap suka membaca boleh mengisi masa lapang pelajar. Amalan ini memerlukan tumpuan yang lama seperti berjam-jam untuk menghabiskan sebuah buku terutama buku pelajaran yang tebal itu. Maka, kemungkinan untuk pelajar tersebut terlibat dalam sebarang kejadian negatif seperti melepak tidak akan berlaku.
Kajian juga membuktikan bahawa pelajar yang kerap membaca buku akan memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Kejayaan ini berlaku kerana banyak fakta yang perlu dihafal apabila pelajar menjawab soalan peperiksaan umum negara ini. Akibatnya, ibu bapa akan berasa bangga dengan kejayaan anak mereka dalam peperiksaan itu.
Kesimpulannya, semua faedah membaca itu benar-benar berlaku sekiranya diamalkan secara baik. Ibu bapa perlulah membantu memupuk minat ini dengan memberi galakan atau membeli bahan bacaan yang berkualiti buat anak mereka. Bak kata orang tua-tua membaca itu jambatan ilmu yang membuktikan amalan ini penting dilaksanakan oleh semua pelajar tanpa mengira batasan usia tersebut.

Cara-cara atasi pencemaran alam di dunia
Dunia mengalami pencemaran yang begitu ketara. Berikan pendapat anda cara-cara mengatasi pencemaran alam ini.
Pencemaran alam dilihat sebagai satu fenomena kemusnahan alam akibat kesilapan manusia. Antara pencemaran itu meliputi pencemaran udara, air, laut, dan juga kemusnahan hutan secara berleluasa. Sebenarnya, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengekang pencemaran daripada terus berlaku itu.
Tindakan yang paling berkesan ialah masyarakat kita mengamalkan amalan kitar semula itu. Sikap kitar semula ini boleh dipupuk jika pihak berkuasa berani meletakkan tong kitar semula di beberapa kawasan yang strategik itu. Jelaslah, amalan kitar semula tidak akan memusnahkan alam kerana masyarakat tidak membazir itu.
Selain itu, kita boleh menggunakan sumber tenaga alternatif yang tertentu seperti tenaga air, cahaya matahari, dan angin itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang dianugerahkan pelbagai sumber tenaga asli yang banyak sehingga menjadikan negara ini gelap mata untuk membuat keputusan. Akibatnya, negara kita tidak akan menggunakan minyak yang banyak menghasilkan bahan sisa kotor itu.
Tambahan pula, isu pencemaran boleh diatasi jika kawasan sungai diselenggarakan dengan baik. Penjagaan sungai penting kerana sungai yang baik akan menghalang berlakunya kejadian banjir kilat, tanah runtuh dan aliran air yang tidak menghakis tanah. Ringkasnya, sungai yang tidak bermasalah akan menjamin kualiti alam yang baik berlaku.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi berupaya untuk menjadikan alam kita lebih bersih dan berkualiti. Isu pencemaran alam harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak sebelum terlewat. Peribahasa nasi menjadi bubur mengingatkan kita agar bertindak dahulu sebelum kemelut pencemaran alam ini menjadi semakin meruncing itu.
Pencemaran alam dilihat sebagai satu fenomena kemusnahan alam akibat kesilapan manusia. Antara pencemaran itu meliputi pencemaran udara, air, laut, dan juga kemusnahan hutan secara berleluasa. Sebenarnya, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengekang pencemaran daripada terus berlaku itu.
Tindakan yang paling berkesan ialah masyarakat kita mengamalkan amalan kitar semula itu. Sikap kitar semula ini boleh dipupuk jika pihak berkuasa berani meletakkan tong kitar semula di beberapa kawasan yang strategik itu. Jelaslah, amalan kitar semula tidak akan memusnahkan alam kerana masyarakat tidak membazir itu.
Selain itu, kita boleh menggunakan sumber tenaga alternatif yang tertentu seperti tenaga air, cahaya matahari, dan angin itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang dianugerahkan pelbagai sumber tenaga asli yang banyak sehingga menjadikan negara ini gelap mata untuk membuat keputusan. Akibatnya, negara kita tidak akan menggunakan minyak yang banyak menghasilkan bahan sisa kotor itu.
Tambahan pula, isu pencemaran boleh diatasi jika kawasan sungai diselenggarakan dengan baik. Penjagaan sungai penting kerana sungai yang baik akan menghalang berlakunya kejadian banjir kilat, tanah runtuh dan aliran air yang tidak menghakis tanah. Ringkasnya, sungai yang tidak bermasalah akan menjamin kualiti alam yang baik berlaku.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi berupaya untuk menjadikan alam kita lebih bersih dan berkualiti. Isu pencemaran alam harus ditangani dengan bijak oleh semua pihak sebelum terlewat. Peribahasa nasi menjadi bubur mengingatkan kita agar bertindak dahulu sebelum kemelut pencemaran alam ini menjadi semakin meruncing itu.
Tindakan-tindakan kerajaan untuk kekalkan perpaduan kaum
Negara kita sedang mengalami pelbagai masalah terutama yang berkaitan dengan perpaduan. Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memastikan perpaduan terus kekal.
Perpaduan merujuk satu suasana yang harmoni dalam sesebuah masyarakat negara itu. Antara perkara yang mengancam kestabilan perpaduan itu meliputi perasaan hasad dengki, perselisihan faham, dan juga dendam kesumat. Akibatnya, pihak kerajaan perlulah melakukan beberapa tindakan supaya perpaduan di negara ini mampu dicapai itu.
Langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan itu ialah mereka menganjurkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini memiliki pelbagai aktiviti yang boleh memupuk perpaduan sesama pelajar kita yang berbilang kaum itu seperti melawat rumah kebajikan, masuk hutan berkumpulan, dan menembak senjata. Ringkasnya, PLKN boleh membentuk satu golongan remaja yang memiliki sikap toleransi sesama kaum.
Selain itu, kerajaan juga boleh mewajibkan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan negara kita terutama di sekolah menengah. Pengenalan subjek ini penting kerana banyak bahan sejarah boleh dipelajari oleh pelajar tentang kemerdekaan dan perjuangan rakyat terdahulu itu. Jadi, semakin kerap subjek Sejarah diajar di sekolah semakin tinggilah peluang untuk wujudnya perpaduan itu.
Tambahan pula, sambutan Hari Kebangsaan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam suasana yang lebih meriah tetapi bermakna. Semua lapisan masyarakat diminta untuk menyertainya dan merayakannya bersama-sama supaya wujud satu suara Malaysia yang sebenar. Lantaran itu, sambutan Hari Kebangsaan yang dirancang dengan teliti mampu membuahkan semangat cinta akan negara yang sejati secara tersirat.
Kerajaan juga boleh melancarkan Gagasan 1Malaysia yang berteraskan konsep perpaduan sesama kaum itu. Gagasan ini menekankan prinsip sama rata lalu semua projek kerajaan disalurkan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum. Sesungguhnya, gagasan ini akan memberi harapan tercetusnya semangat perpaduan kerana rakyat menyedari kerajaan berusaha membantu kehidupan mereka secara saksama itu.
Kesimpulannya, semua kaedah tadi perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan kita tanpa dalih lagi. Kegagalan untuk bertindak dengan segera mampu menjadikan rakyat Malaysia tidak bersatu hati pula lalu memudahkan musuh negara menangguk di air keruh itu. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa perpaduan itu amat penting dalam mengharungi cabaran globalisasi yang hebat ini.
Perpaduan merujuk satu suasana yang harmoni dalam sesebuah masyarakat negara itu. Antara perkara yang mengancam kestabilan perpaduan itu meliputi perasaan hasad dengki, perselisihan faham, dan juga dendam kesumat. Akibatnya, pihak kerajaan perlulah melakukan beberapa tindakan supaya perpaduan di negara ini mampu dicapai itu.
Langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan itu ialah mereka menganjurkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini memiliki pelbagai aktiviti yang boleh memupuk perpaduan sesama pelajar kita yang berbilang kaum itu seperti melawat rumah kebajikan, masuk hutan berkumpulan, dan menembak senjata. Ringkasnya, PLKN boleh membentuk satu golongan remaja yang memiliki sikap toleransi sesama kaum.
Selain itu, kerajaan juga boleh mewajibkan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan negara kita terutama di sekolah menengah. Pengenalan subjek ini penting kerana banyak bahan sejarah boleh dipelajari oleh pelajar tentang kemerdekaan dan perjuangan rakyat terdahulu itu. Jadi, semakin kerap subjek Sejarah diajar di sekolah semakin tinggilah peluang untuk wujudnya perpaduan itu.
Tambahan pula, sambutan Hari Kebangsaan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam suasana yang lebih meriah tetapi bermakna. Semua lapisan masyarakat diminta untuk menyertainya dan merayakannya bersama-sama supaya wujud satu suara Malaysia yang sebenar. Lantaran itu, sambutan Hari Kebangsaan yang dirancang dengan teliti mampu membuahkan semangat cinta akan negara yang sejati secara tersirat.
Kerajaan juga boleh melancarkan Gagasan 1Malaysia yang berteraskan konsep perpaduan sesama kaum itu. Gagasan ini menekankan prinsip sama rata lalu semua projek kerajaan disalurkan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum. Sesungguhnya, gagasan ini akan memberi harapan tercetusnya semangat perpaduan kerana rakyat menyedari kerajaan berusaha membantu kehidupan mereka secara saksama itu.
Kesimpulannya, semua kaedah tadi perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan kita tanpa dalih lagi. Kegagalan untuk bertindak dengan segera mampu menjadikan rakyat Malaysia tidak bersatu hati pula lalu memudahkan musuh negara menangguk di air keruh itu. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa perpaduan itu amat penting dalam mengharungi cabaran globalisasi yang hebat ini.
Cara pelajar atasi tekanan di sekolah
Kehidupan pelajar penuh dengan tekanan terutama tekanan peperiksaan. Berikan pendapat anda tentang cara mengatasi masalah ini.
Tekanan pelajar bermaksud rasa tidak selesa yang dialami oleh pelajar dalam menjalani kehidupan harian mereka. Pelbagai pihak memberikan tekanan kepada pelajar seperti ibu bapa, pihak sekolah, dan rakan-rakan. Lantaran itu, pelbagai langkah boleh diambil oleh pelajar untuk mengekang tekanan ini.
Kaedah yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi tekanan ialah mereka berkongsi masalah dengan rakan baik. Tindakan ini bermaksud pelajar yang bermasalah itu boleh meluahkan kerisauannya kepada orang lain tanpa ragu-ragu. Jelaslah, luahan ini menjadikan jiwa pelajar tersebut lebih tenang untuk meneruskan kehidupan.
Selain itu, usaha bertemu dengan guru kaunseling berupaya menghalang tekanan daripada memusnahkan pelajar. Guru kaunseling yang berpengalaman dalam psikologi itu boleh memberikan pelbagai nasihat yang membina kepada pelajar. Maka, pelajar akan berjaya mengatasi tekanan kerana nasihat guru kaunseling yang betul itu.
Tambahan pula, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum membantu mengurangkan tekanan tersebut. Apabila menyertai aktiviti seperti sukan ini sudah pasti minda mereka lebih fokus terhadap aktiviti tersebut berbanding masalah yang dialami. Akibatnya, pelajar berasa lebih tenang dan bertenaga untuk menyelesaikan masalah hidup selepas selesai melakukan aktiviti kokurikulum itu.
Pelajar juga boleh mengekang tekanan diri dengan menyertai ceramah motivasi itu. Penceramah motivasi akan menggunakan pelbagai kaedah psikologi supaya pelajar berfikiran positif dalam mengatasi kemelut hidup mereka itu. Ringkasnya, pelajar akan melihat tekanan itu daripada aspek positif lalu mampu meneruskan kehidupannya.
Kesimpulannya, semua tindakan tadi boleh diambil oleh pelajar untuk memastikan tekanan hidup mereka berjaya dikawal. Pelajar perlulah lebih positif apabila mengalami tekanan kerana hidup tanpa tekanan bukanlah hidup sebenar. Bak kata pepatah bumi mana yang tidak ditimpa hujan membuktikan kita semua ada kesilapan.

Kebaikan amalan berkelah kepada keluarga
Amalan berkelah merujuk aktiviti bersantai di sesuatu kawasan bersama-sama ahli keluarga. Biasanya, amalan murni ini dilakukan di kawasan tepi pantai, tepi sungai, dan juga di kawasan air terjun itu. Jadi, amalan ini membawa pelbagai manfaat kepada keluarga apabila dilakukan secara kerap.
Faedah melakukan amalan berkelah ini ialah aktiviti ini mampu merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Hubungan ahli keluarga menjadi intim kerana setiap anggota akan ditugaskan untuk melakukan sesuatu aktiviti ketika berkelah seperti menguruskan bekalan makanan. Sudah pasti interaksi akan berlaku sesama ahli keluarga ketika berusaha memastikan amalan ini berjaya.
Selain itu, minda setiap ahli keluarga akan menjadi tenang apabila menyertai aktiviti berkelah itu. Ketenangan jiwa diperoleh kerana kawasan berkelah begitu sunyi, indah, dan dipenuhi dengan keindahan alam sekitar itu. Akibatnya, jiwa setiap ahli keluarga menjadi lebih tenang untuk mengharungi cabaran hidup itu.
Tambahan pula, setiap ahli keluarga dapat mengenali ahli keluarga yang lain menerusi amalan ini. Banyak kejadian atau peristiwa akan berlaku ketika berkelah itu yang memberikan pengalaman kepada setiap ahli keluarga. Sesungguhnya, ahli keluarga itu akan lebih memahami dan tidak terjebak dalam pergaduhan keluarga pula.
Amalan berkelah juga menjamin masa hujung minggu keluarga itu dihabiskan secara berfaedah. Berkelah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan positif berbeza aktiviti lain yang boleh dilakukan itu. Maka, keluarga sebegini tidak akan menghadapi pelbagai kemelut sosial yang melanda masyarakat itu.
Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan amalan ini wajib dilakukan oleh setiap keluarga di Malaysia. Anak harus memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam melaksanakan amalan murni ini. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan hubungan keluarga menjadi erat selepas amalan ini dilaksanakan.

Cara-cara kerajaan kurangkan bebankan hidup rakyat ekoran ke aikan harga petrol
Kenaikan harga petrol telah membebankan kehidupan rakyat.
Berikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat ini.
Kenaikan harga petrol bermaksud harga barang mentah ini akan dinaikkan lebih kerap apabila harga pasaran dunia melonjak naik. Perkara ini menyebabkan golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana akan menderita kerana kos hidup melambung tinggi. Lantaran itu, pihak berkuasa boleh melakukan pelbagai tindakan untuk menjamin kehidupan rakyat lebih selesa.
Tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban kehidupan rakyat dalam isu ini ialah kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta. Amalan ini bukan sahaja mengurangkan kos petrol individu tetapi turut membantu mengekalkan keindahan alam sekitar daripada tercemar. Ringkasnya, amalan yang mudah seperti berkongsi kereta akan membantu pengurusan perbelanjaan rakyat menjadi lebih baik lagi.
Selain itu, kerajaan boleh memajukan sistem pengangkutan awam negara untuk membantu rakyat jelata. Kos tambang pengangkutan awam terutamanya bas dan lrt begitu murah berbanding kos menggunakan kenderaan sendiri apabila pergi ke pejabat atau bersiar-siar. Jadi, semakin maju pengangkutan awam negara semakin banyaklah rakyat yang akan menggunakannya lalu kos hidup mereka menjadi kurang berbanding menggunakan kenderaan sendiri.
Tambahan pula, usaha menambah jumlah produk menjadi barang kawalan dilihat satu kaedah untuk meringankan beban kehidupan rakyat negara. Semua barang kawalan akan ditetapkan harganya oleh kerajaan lalu peniaga tidak boleh menaikkannya sesuka hati seperti harga beras, gula, tepung, susu, dan minyak masak. Akibatnya, rakyat tidak akan dibebankan dengan alasan harga barang naik ekoran harga petrol yang melambung itu.
Kerajaan juga boleh mengurangkan cukai pendapatan individu dalam usaha membantu rakyat hidup dengan selesa. Pengurangan ini membolehkan setiap orang mempunyai wang lebihan yang berguna untuk disimpan atau membiayai kos lain yang meningkat ekoran harga minyak mahal tersebut. Sesungguhnya, cukai yang berkurangan akan memberikan satu kelegaan kepada rakyat dalam mengharungi cabaran harga petrol yang tinggi tersebut.
Kesimpulannya, semua kaedah yang diberikan tadi berupaya meringankan beban kehidupan rakyat apabila harga petrol menjadi mahal. Rakyat harus bijak dan menilai sendiri keperluan yang utama dalam kehidupan jika mereka mahu hidup dengan tenteram ketika masalah minyak ini berterusan. Peribahasa ukur baju di badan sendiri mengingatkan kita supaya berbelanja mengikut gaji yang diterima setiap bulan dan bukannya mengikut hawa nafsu.

Peranan Remaja Dalam Pembangunan Negara
Remaja bermaksud golongan yang berumur antara 15 hingga 25 tahun itu. Biasanya, golongan ini meliputi pelajar sekolah, pelajar universiti, dan mereka yang baru menceburi alam pekerjaan. Maka, golongan muda ini mempunyai banyak tugas untuk pembangunan negara tersebut.
Tugas utama remaja ialah mereka perlulah memiliki jati diri yang tinggi dalam kehidupan. Jati diri ini melibatkan akhlak yang mulia, pegangan agama, dan nilai diri yang positif. Sebenarnya, jati diri yang lengkap ini akan menjadikan remaja kita bebas daripada sebarang gejala sosial yang boleh memusnahkan kehidupan remaja itu.
Selain itu, peranan remaja juga melibatkan usaha mencari ilmu pengetahuan yang banyak untuk masa depan mereka. Ilmu ini boleh diperoleh menerusi pendidikan di sekolah, kolej, dan universiti yang harus dihadiri oleh remaja tersebut. Jelaslah, remaja yang berilmu tinggi akan membantu menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan untuk negara Malaysia.
Tambahan pula, remaja yang bertanggungjawab akan menyumbangkan pelbagai idea dan pendapat yang mampu memajukan Malaysia. Golongan muda ini mempunyai pelbagai idea yang kreatif dan inovatif untuk memajukan negara terutama menerusi penggunaan internet. Jadi, idea yang baru ini akan memudahkan aktiviti membangunkan negara daripada aspek politik, sosial, dan ekonomi.
Remaja juga boleh membantu negara dalam bidang pembangunan apabila golongan ini menjaga imej negara dan masyarakatnya. Mereka bukan sahaja tidak terlibat dalam aktiviti negatif tetapi turut mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih sesuatu kejayaan seperti dalam acara sukan. Akibatnya, semua pihak terutama negara asing akan mengenali Malaysia setelah melihat kejayaan remaja kita di persada dunia tersebut.
Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting dalam pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan masa untuk memastikan negara ini terus maju dan moden dalam tempoh yang terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membuktikan bahawa remaja memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini.

Kesan Vandalisme di Malaysia
Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.
Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.
Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.
Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.
Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.
Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.

Iklan
Kamu akan menyertai pertandiangan perbahasan yang bertajuk, “Iklan di televisyen banyak membawa keburukan kepada kanak-kanak”. Sebagai pihak pencadang, bahaskan tajuk tersebut.
Salam sejatera tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, barisan pembangkang dan hadirin sekalian. Saya bagi pihak pencadang tetap menyokong tajuk ini. Iklan yang disiarkan di televisyen banyak membawa keburukkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak masih tidak dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Mereka akan mengikut apa sahaja yang mereka lihat.
Hadirin yang dihormati, Iklan yang disiarkan melalui televisyen, biasanya tertumpu kepada barang-barang yang digemari oleh kanak-kanak seperti makanan ringan. Hal ini, akan merosakkan pemikiran kanak-kanak.

Pihak pengiklan tidak terfikir kesan-kesan buruk kepada kanak-kanak. Mereka hanya berusaha dengan berbagai-bagai cara untuk memikat hati penonton sahaja. Iklan yang disiarkan di televisyen tidak mengandungi sebarang unsur pendidikan kepada kanak-kanak. Iklan-Iklan itu selalu mengalakkan kanak-kanak melakukan pembaziran.
Perkara ini akan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa. Barisan pembangkang yang dimuliakan, Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi, iklan yang disiarkan di televisyen lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak.
Sekian,terima kasih.

Laporan Aktiviti Gotong Royong
Laporan Aktiviti Gotong-Royong
Pada 12 Mei 2014 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya.
Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.
Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan,kaum wanita telah manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera..Selain itu,wakil penduduk Kampung Sri Aman turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami membersihkan kawasan sungai.
Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang.Meskipun keletihan, namun kami berasa sungguh gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.
Kebakaran Rumah Jiran
Sedang kamu dan kawan-kawan bermain di padang, kamu terdengar pekikan api! api!. Ceritakan tindakan-tindakan yang telah kamu lakukan.
Pada suatu petang, saya, Cethlyne, Anjjley, dan Julaini sedang bermain bola tampar di padang. Kami terkejut apabila terdengar jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan bergegas ke tempat kejadian.
Saya dapati rumah rakan sekelas kami, Sweetha telah terbakar. Salah seorang dari kami telah berlari ke arah pondok telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang selamat.
Sementara, menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah Sweetha. Ketika itu Sweetha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar.
Sejurus kemudian, pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-lumus memadamkan kebakaran daripada merebak. Walau bagaimanapun rumah Sweetha tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada terbakar.
Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama dapat diamalkan di kalangan masyarakat. Kebanggaan juga ditunjukan kepada saya dan rakan-rakan.

Keluarga Sweetha telah menginap semantara waktu di rumah saya. Pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga Sweetha seperti pakaian, makanan, dan wang ringgit. Mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.
Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri
Cara-Cara MenjagaKesihatanDiri.
Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.
Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang
bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling
praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.
Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.
Kesimpulannya, menjagakesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Wednesday, August 19, 2015
Sunday, August 9, 2015
Saturday, August 8, 2015
Thursday, August 6, 2015
Soalan Latihan PT3 BM Set 3
Arahan:
Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B Bahagian C dan satu
Bahagian D.
(25 markah)
1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat
satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i) Goreng
cempedak yang saya beli di warung itu petang semalam sungguh rangup.
_________________________________________________

ii) Pengetua
menyampaikan sebaris pantun sebelum mengakhiri ucapannya dalam majlis pada pagi
itu.
_________________________________________________
_________________________________________________
iii) Puan
Hasliza menghidangkan berbagai jenis kuih kepada tetamunya sempena majlis rumah
terbuka di rumahnya.
_________________________________________________
_________________________________________________
iv) “Patik
akan pergi ke istana untuk bertemu dengan Sultan Melaka,” kata Hang Tuah kepada Hang
Kasturi.
_________________________________________________
_________________________________________________
(8 markah)
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut dan tulis ejaan
yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
i)
Gerai
itu menjual beranika kuih yang dapat menambat selera penggemar makanan
tradisional Melayu.
________________________________________________
ii)
Kerugian yang ditanggong oleh pemilik
bangunan yang terbakar itu sangat besar.
_________________________________________________
ii)
Puan
Aminah sungguh terkejut apabila melihat bil lektrik rumahnya yang mencecah
ratusan ringgit.
_________________________________________________
(3 markah)
3
Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah
ini supaya menjadi satu ayat majmuk.
i)
Azwan
membeli kasut.
Kasut itu berwarna hitam.
_________________________________________________
_________________________________________________
ii)
Saya
tidak berselera makan.
Saya tidak sihat.
_________________________________________________
_________________________________________________
iii)
Halim
sedang membaca buku di perpustakaan.
Farid sedang membaca buku di perpustakaan.
_________________________________________________
_________________________________________________
iv)
Abang
tidur di ruang tamu rumah.
Adik bermain di halaman rumah.
_________________________________________________
_________________________________________________
v)
Dani
tidur awal.
Dia boleh bangun awal pada esok pagi.
_________________________________________________
_________________________________________________
[10 markah]
4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu
peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.
i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________
BAHAGIAN B
(30 markah)
5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Tetapi
hati dan perasaan Fauzi tidak sedamai dan seindah suasana pada malam itu.
Ketika itu dia sedang berbaring di dalam bilik tidurnya. Ibu dan ayah tirinya
masih berbincang di ruang tamu. Perbincangan mereka jelas kedengaran dari dalam
biliknya.
"Mengapa
abang bertindak begitu kepada Fauzi?" soal ibunya, Ramlah.
"Aku
sayang pada Fauzi, walaupun dia cuma anak tiri aku," kata ayah tirinya,
Mokhtar.
"Kalau
sayang pada budak itu, mengapa sampai begitu sekali abang memarahinya?"
ibunya bertanya lagi.
"Aku
mahu mengajarnya. Aku mahu mendidiknya. Kamu tidak suka aku berbuat
begitu?" soal ayah tirinya pula.
"Bukan
saya tidak suka abang mendidiknya, tetapi janganlah melampau sangat,"
suara ibunya merendah, tetapi mengandung rasa kesal.
Fauzi
meraba kepalanya. Pada dahinya terdapat benjol sebesar telur ayam yang
kelihatan lebam-lebam. Ibunya telah mendemah benjol itu dengan air suam dan
menyapu minyak angin. Peristiwa itu amat memeritkan hatinya.
Saban
hari, apabila ayah tirinya pulang dari sawah, dia pasti akan mengajukan
pelbagai soalan. Sudahkah dia membuat kerja rumah yang disuruh oleh gurunya? Ke
manakah dia pergi sehingga lewat pulang? Siapakah rakan-rakannya?
Yang
paling membosankan Fauzi adalah apabila dia tidak dibenarkan menonton
televisyen, terutama siaran larut malam. Dia hanya dibenarkan menonton
rancangan yang membosankannya seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau
Isu. Kata ayah tirinya, rancangan itu memberikan faedah kepadanya.
(Dipetik daripada cerpen Maaf
Kupinta, Antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i)
Mengapakah Fauzi tidak suka akan ayah
tirinya? (3
markah)
_____________________________________________________

Jelaskan perwatakan ayah tiri Fauzi
berdasarkan petikan cerpen tersebut. (3
markah)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
iii)
Pada pendapat anda, mengapakah ayah tiri
Fauzi terlalu mengambil tahu tentang dirinya dan bersikap tegas dalam
mendidiknya? (4 markah)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
6 Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PANTUN
DUA KERAT (NASIHAT)
Gaharu,
cengal, giam,
Tak
tahu, tak kenal, diam.
Jika
ada padi berhampalah,
Jika
ada hati berasalah.
Sakit
pandan tak tahukan duri,
Sakit
badan tak tahukan diri.
Dengar
cakap enggang makan buah belolok,
Dengar
cakap orang terjun masuk lubuk.
Ada
beras taruh dalam padi,
Ada
ingat taruh dalam hati.
Mahal
imam, murahlah khatib,
Mahal
demam, murahlah sakit.
(Antologi
Gema Sepi Gadis Genius, halaman 5)
(i)
Berdasarkan pantun di atas, nyatakan
tiga nasihat yang disampaikan oleh penulis.
[3
markah]
__________________________________________________________________________________________________________________

(ii) Berikan tiga nilai yang terkandung dalam Pantun
Dua Kerat (Nasihat).
[3
markah]
_____________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________ __________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu
dilakukan sebagai persediaan untuk menghadapi masa depan?
[4
markah]
_____________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________
7 Jawaban
anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.
(i)
Erti Sebuah Pengorbanan
oleh Zaihanim Zainal Abidin
(ii)
Wira Persona Avatari
oleh Prof. Ahmad Zaki Abu Bakar
(iii)
Lestari Bukit Menghijau
oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Watak
utama memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan sesebuah cerita.
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama novel
tersebut yang boleh anda teladani.
[10 markah]
8. Lihat gambar Kempen Gaya Hidup Sihat di
bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
[15 markah]
BAHAGIAN
D
[30 markah]
[30 markah]
9 Pilih satu daripada soalan
di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.
(i)
Amalan
membaca harus disuburkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Jelaskan
usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi memupuk amalan ini dalam diri
kanak-kanak.
(ii)
Kakak
sulung anda baru sahaja melangsungkan perkahwinannya. Majlis tersebut diadakan
dalam suasana yang sungguh meriah.
Gambarkan
kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.
(iii)
Persatuan
Sejarah sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah tempat
bersejarah. Sebagai setiausaha persatuan itu, anda dikehendaki menulis laporan
tentang lawatan tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.