Tingkatan 1

Bab 1: Pengenalan Kepada Sains

1.1  Apakah Sains?
  1. Sains ialah kaedah sistematik dalam mengumpul pengetahuan pengetahuan tentang alam semesta.
  2. Kaedah saintifik diperlukan untuk menerangkan tentang peristiwa semula jadi dalam cara yang boleh diulang semula dan menggunakan data untuk membuat ramalan.
  3. Perkataan Sains berasal daripada perkataan latin, scientia yang bermaksud pengetahuan.
  4. Dengan sains, kita boleh menjelaskan:
a) bagaimana benda hidup berfungsi dan mengetahui tentang sel yang merupakan struktur asas benda hidup
b) hubungan antara benda-benda hidup
Contohnya, kita boleh menyatakan kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan.
c) hubungan antara benda bukan hidup dengan benda hidup Contohnya, kepentingan oksigen dan air kepada hidupan.
d) kejadian siang dan malam
e) fenomena alam semula jadi seperti kilat, gempa bumi dan letusan gunung berapi
f) asal usul alam semesta

Fenomena Semula Jadi
1. Fenomena semula jadi ialah peristiwa semula jadi yang berlaku dalam alam sekitar kita. Ia bukannya dihasilkan oleh manusia.
2. Contoh-contoh fenomena semula jadi:
a) Bencana semula jadi seperti kilat, kemarau, gempa bumi dan letusan gunung berapi
b) Perkembangan embrio menjadi fetus dan perkembangan bayi menjadi dewasa
c) Pembentukan biji dan buah dalam tumbuhan
d) Objek jatuh disebabkan tarikan graviti
e) Kejadian siang dan malam

Kepentingan Sains
1.      Sains mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan kita.
2.      Sains membekalkan kita asas teknologi moden seperti peralatan, bahan-bahan, teknik dan sumber tenaga yang membuatkan hidup dan kerja kita lebih mudah.
3.      Satelit komunikasi, komputer, Internet dan telefon ialah beberapa ciptaan saintifik dan teknologi yang membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh.
4.      Hasil pertanian telah meningkat kerana saintis telah membangunkan varied tumbuhan yang lebih baik dan bajayang sangat efektif. Ini membantu meningkatkan penghasilan makanan dan nilai ekonomi tumbuhan.
5.      Dalam perubatan, perkembangan antibiotik telah membantu mengawal banyak penyakit berjangkit. Kajian anatomi dan fisiologi telah membawa kepada penemuan teknik pembedahan baru dan seterusnya penciptaan mesin sokongan hayat yang boleh menjalankan kerja organ-organ seperti peparu, ginjal dan jantung.
6.      Kaedah pemprosesan makanan seperti pempasteuran, radiasi dan pengetinan membantu mencegah kerosakan makanan,
7.      melanjutkan jangka hayat makanan dan mengelakkan pembaziran makanan.
8.      Bangunan, jambatan dan lapangan terbang yang lebih kompleks, besar dan kuat dibina dengan kemajuan sains dalam bidang pembinaan.

Bidang-bidang Kajian Sains
Sains merupakan satu bidang kajian yang besar. Rajah 1.2 menunjukkan pelbagai bidang dalam kajian sains.
·         Geologi
·         Biologi
·         Botani
·         Metereologi
·         Ekologi
·         Astronomi
·         Fizik
·         Kimia

Kerjaya yang Berkaitan dengan Sains
1.      Kajian dalam pelbagai bidang sains telah membuka peluang pelbagai jenis kerjaya.
2.      Jadual 1.1 menunjukkan pelbagai kerjaya dalam sains.


Jadual 1.1 Kerjaya dalam sains
Bidang
Kerjaya
Perubatan
• Doktor
Ahli forensik
• Jururawat
• Ahli farmasi
Pensyarah
Pendidikan
• Guru
Pensyarah
Pertanian
• Pegawai penyelidik
• Ahli botani
Pengurus estet
Pembinaan
• Jurutera
Arkitek
Astronomi
• Angkasawan
• Pegawai penyelidik
Ahli astronomi
Bioteknologi
• Ahli bioteknologi
• Ahli nutrisi
Pegawai penyelidik Pegawai kawalan
Kejuruteraan
• Jurutera



Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306