TAMADUN MESOPOTAMIA

SKOP KAJIAN

·           Pembentukan Tamadun Mesopotamia
·           Ciri Tamadun Mesopotamia
·           Sumbangan Tamadun Mesopotamia
·           Nilai dan Iktibar Daripada Tamadun Mesopotamia


PEMBENTUKAN TAMADUN MESOPOTAMIA

(a)    Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesoptamia
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11)

·         Pembentukan tamadun Mesopotamia bermula di Selatan iaitu di Sumeria. Orang Sumer berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan kekal..
·         Mereka menjalankan aktiviti pertanian setelah menebus guna tanah dan membina sistem pengairan. Aktiviti ini membawa kepada lebihan makanan. Lebihan makanan mampu menampung jumlah penduduk yang ramai.
·         Perkampungan ini telah berkembang menjadi bandar. Bandar-bandar ini berkembang menjadi negara kota.

(b)    Jelaskan peranan sungai Tigris dan Euphrates terhadap pertumbuhan tamadun                 Mesopotamia.

·       Sungai Tigris dan Euphrates menyediakan lembangan yang  subur.
Contohnya mendapan lanar  selepas musim banjir. Hal ini menyebabkan lembangan tersebut sesuai untuk kegiatan pertanian.
·       Sungai Tigris dan Euphrates juga membekalkan sumber air.
Air sungai digunakan sebagai sumber pengairan untuk pertanian. Hal ini menyebabkan tanaman tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang baik. Penduduk mendapat bekalan makanan mencukupi. Air sungai juga digunakan untuk kegunaan harian. Hal ini menyebabkan penduduk dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.
·         Sungai Tigris dan Euphrates membekalkan sumber protein
Contohnya, ikan, udang, ketam dan sebagainya. Hal ini menyebabkan penduduk mendapat bekalan makanan sampingan.
·         Sungai Tigris dan Euphrates menjadi laluan perhubungan dan pengangkutan
Penduduk berhubung dari satu tempat ke satu tempat melalui sungai. Hal ini menyebabkan hasil dari kawasan pedalaman diangkut ke muara melalui sungai. Muara sungai juga dijadikan pelabuhan.



CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA

(a)    Terangkan ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11 - 14)

·         Salah satu ciri tamadun Mesopotamia mempunyai negara kota.
Negara kota terbahagi kepada dalam kota, tembok kota dan luar kota.
Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah ibadat, rumah kediaman, pasar, tempat mandi awam dan jalan raya.
Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan.
Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan
·         Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi sosial yang tersusun.
Masyarakat Mesopotamia  terbahagi kepada pemerintah dan rakyat.
Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan
Golongan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan hamba.
Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang.
Hamba terdiri daripada tawanan perang.
·         Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem pemerintahan berbentuk teokrasi
Raja merupakan pemerintah negara kota. Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja.
Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.
Raja adalah pemilik negara kota. Raja memiliki tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan.
Raja menjadi ketua agama / ketua pendeta yang berkuasa dalam hal-hal keagamaan. Raja berkuasa melantik ahli keluarganya memegang jawatan di ziggurat. Raja menentukan pentadbiran ziggurat.
Raja menjadi ketua tentera.
·         Tamadun Mesopotamia mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan.
Ada ahli masyarakat menjadi petani. Petani membekalkan makanan kepada golongan atasan.
Ada ahli masyarakat menjadi pedagang. Perdagangan dijalankan dengan wilayah luar untuk mendapatkan barangan logam, kayu-kayan, emas dan perak.
Ada yang menjadi artisan menghasilkan tekstil, tembikar dan alat keperluan harian.
Ada yang menjadi tukang rumah.
Ada yang berkhidmat sebagai tentera.
·         Tamadun Mesopotamia mempunyai sistem tulisan.
Tulisan Mesopotamia dikenali sebagai tulisan cuneiform.
Tulisan ini berbentuk pepaku yang ditulis pada tanah liat.




(b)    Bagaimanakah ciri sesebuah negara kota di Mesopotamia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 11 – 12)

·         Negara kota Mesopotamia terbahagi kepada dalam kota, tembok kota dan luar kota.
·         Di dalam kota terdapat istana, pusat pentadbiran, rumah ibadat, rumah kediaman, pasar dan tempat mandi awam. Rumah ibadat menjadi pusat sesebuah negara kota.
·         Di dalam kota terdapat jalan raya yang lurus dan lebar.
·         Tembok kota mempunyai pintu gerbang dan kubu pertahanan. Tembok kota mempunyai pintu gerbang. Pintu gerbang menjadi lambang kekayaan sesebuah negara kota.
·         Di luar kota terdapat tanah pamah, sungai dan pelabuhan. Tanah pamah menjadi perkampungan golongan petani dan sebagai tempat menjalankan pertanian.


(c)    Terangkan kedudukan raja dalam sistem teokrasi di Mesopotamia.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

·         Raja merupakan pemerintah negara kota.
Raja menjadi ketua pentadbir. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja.
·         Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan.
Raja dianggap agung kerana menguasai wilayah yang luas. Contohnya, Raja Akkad dianggap ‘Raja Empat Penjuru Alam’.
·         Raja adalah pemilik negara kota.
Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
·         Raja berperanan sebagai ketua agama
Raja adalah ketua pendeta. Raja berkuasa dalam hal keagamaan. Raja melantik keluarganya memegang jawatan di ziggurat.
·         Raja menjadi ketua tentera.


(d)    Bagaimanakah keadaan susun lapis sosial masyarakat dalam Tamadun Mesopotamia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

·         Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi sosial yang tersusun.
·         Susun lapis masyarakat Mesopotamia  terbahagi kepada dua lapisan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
·         Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan
·         Golongan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan hamba.
·         Rakyat bebas terdiri daripada petani, artisan dan pedagang.
·         Hamba terdiri daripada tawanan perang.


SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

(a)    Jelaskan sumbangan tamadun Mesopotamia terhadap peradaban manusia sejagat.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)

·         Tamadun Mesopotamia berjaya melahirkan Kod Undang-Undang Hammurabi.
·         Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan mewujudkan sistem tulisan.
·         Tamadun Mesopotamia mengembangkan ilmu astronomi.
·         Tamadun Mesopotamia memajukan bidang perubatan.
·         Tamadun Mesopotamia mencipta roda.
·         Tamadun Mesopotamia mencipta kapal dan layar.
·         Tamadun Mesopotamia memperkenalkan cara membuat batu-bata

(b)    Sebutkan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14)

·         Kod ini mengandungi 282 undang-undang. Undang-undang itu ditulis / dipahat pada tembok dan tiang besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
·         Ianya memberi keadilan kepada semua rakyat. Setiap kesalahan dikenakan hukuman. Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan kesalahan.
·         Hukuman dikenakan berbeza mengikut susun lapis.


(c)    Pada pandangan anda, mengapakah Undang-Undang Hammurabi begitu penting kepada masyarakat Mesopotamia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)

·         Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia kerana ia menjadi dasar perundangan Mesopotamia. Sebagai contohnya, setiap kesalahan dikenakan hukuman. Hukuman dan denda dikenakan setimpal dengan kesalahan. Hal ini menyebabkan tingkah laku masyarakat dapat dikawal dan permasalahan dalam kalangan masyarakat dapat dielakkan. Sebagai kesimpulannya, Undang-undang Hammurabi bukan sahaja dapat mewujudkan perpaduan dalam masyarakat malah dapat menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah.

(d)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kepentingan tulisan terhadap perkembangan tamadun masyarakat Mesopotamia ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 14-15)
·         Tulisan digunakan untuk mencatat undang-undang. Sebagai contohnya, undang-undang dan peraturan negara dipahat pada dinding dan tiang besar untuk menjadi tatapan rakyat. Hal ini menyebabkan setiap rakyat mengetahui tentang kandungan peraturan dan undang-undang negara. Sebagai kesimpulannya, sistem tulisan memainkan peranan yang penting dalam sistem perundangan kerana ia akhirnya berjaya mengelakkan permasalahan yang mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, kestabilan dalam negara dapat diwujudkan.

(e)    Nyatakan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang perubatan.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 15)

·         Masyarakat Mesopotamia mencapai kemajuan dalam bidang perubatan apabila mereka berjaya mengkatalogkan 500 jenis ubat-ubatan dan herba
·         Mereka berjaya mengkatalogkan ramuan ubat-ubatan.
·         Mereka berjaya mengkatalogkan sampel penggunaan ubat-ubatan.
·         Mereka berjaya mencatatkan cara menggunakan ubat-ubatan.
·         Mereka berjaya mencatatkan panduan cara mengubati penyakit.

(f)     Bagaimanakah penciptaan roda dalam tamadun Mesopotamia dapat memudahkan urusan kehidupan masyarakat masa kini ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan. Sebagai contohnya tayar digunakan untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta api, kereta kuda, basikal dan sebagainya.  Hal ini menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi lebih cekap. Sebagai kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada manusia pada masa kini kerana dengan penghasilan kenderaan beroda, kemajuan ekonomi menjadi bertambah pesat.
·         Roda digunakan untuk menghasilkan tayar kenderaan. Sebagai contohnya tayar digunakan untuk meggerakkan kenderaan seperti kereta api, kereta kuda, basikal dan sebagainya.  Hal ini menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan darat menjadi lebih cekap. Sebagai kesimpulannya, roda memberikan sumbangan besar kepada manusia pada masa kini kerana dengan penghasilan kenderaan beroda, kemajuan ekonomi menjadi bertambah pesat.


IKTIBAR DARIPADA TAMADUN MESOPOTAMIA

(a)    Apakah sifat yang perlu dimiliki oleh masyarakat agar kemajuan dan ilmu dalam tamadun Mesopotamia dapat dikembangkan di negara kita ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 16)

·         Kita hendaklah gigih berusaha menguasai ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, masyarakat kita sentiasa berlumba-lumba menguasai ilmu sains dan teknologi, ilmu perubatan, perundangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kita akan menjadi bangsa yang berpengetahuan tinggi. Sebagai kesimpulannya, sifat cinta akan ilmu pengetahuan sangat memberikan manfaat kepada negara dan bangsa kerana kita sentiasa kreatif dan inovatif dalam mencipta teknologi baharu. Akhirnya, kita berusaha meningkatkan kajian dan penyelidikan yang akan membawa kemajuan kepada negara. Kita juga tidak perlu terlalu bergantung kepada negara luar untuk memajukan negara kita.

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306