ZAMAN RENAISSANCE

SKOP KAJIAN

·         Maksud Renaissance
·         Faktor berlaku Renaissance
·         Kesan Renaissance
·         Nilai dan iktibar


MAKSUD RENAISSANCE


(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan Renaissance ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217)

·         Renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment’
·         Renaissance bermaksud kelahiran semula.
·         Renaissance bermaksud menghargai semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
·         Renaissance bermaksud mengembangkan semula kegemilangan ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.
·         Renaissance bermaksud menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah.


(b)    Berikan dua tokoh Renaissance.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

·         Francesco Petrarch
·         Niccolo Machiavelli
·         Galileo Galilei
·         Leonardo da Vinci


FAKTOR MENCETUSKAN RENAISSANCE

(a)    Huraikan faktor berlakunya Renaissance.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

Renaissance berlaku di Eropah DISEBABKAN OLEH .....
·         Kemunculan tokoh aliran humanisme.
Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Mereka juga membantu menyebarkan idea Renaissance.


·         Kemunculan bandar pelabuhan di Itali.
Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka.
·         Kemunculan pedagang kaya.
Contohnya keluarga Medici di Florence. Golongan pedagang kaya ini menjadi patron (penaung atau penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan dan mengindahkan bandar.
·         Peranan pihak Gereja.
Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.  Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja Rom.
·         Perubahan dalam konsep pendidikan.
        Pendidikan Zaman Renaissance menggalak kemahiran dalam semua aspek. Contohnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo selain dikenali sebagai pelukis dan pengukir, mereka juga dikenali dalam bidang lain.


(b)    Pada pandangan anda, mengapakah Renaissance tercetus di Itali ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 217-218)

·         Ramai tokoh aliran humanisme muncul di Itali.
Contohnya Francisco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
Tokoh-tokoh tersebut menggalakkan manusia menggunakan akal untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Mereka membantu menyebarkan idea Renaissance.
·         Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka.
·         Ramai pedagang kaya muncul di Itali.
Contohnya keluarga Medici di Florence.  Golongan pedagang kaya ini menjadi patron (penaung atau penaja) kepada pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.
Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu cendekiawan melakukan penyelidikan dan mengindahkan bandar.
·         Peranan yang dimainkan oleh pihak Gereja Rom.
Paus di Rom berhasrat menjadikan Rom cantik seperti bandar Florence. Mereka turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.  Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja Rom.


(c)    Nyatakan peranan pedagang kaya dalam mencetuskan Renaissance di Eropah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

·         Pedagang kaya menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
·         Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada kegiatan cendekiawan.
·         Pedagang berusaha menarik seniman dan cendekiawan ke bandar mereka.

(d)    Nyatakan peranan Gereja Rom dalam mencetuskan Renaissance di Eropah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

·         Paus menjadi penaung seniman dan cendekiawan.
·         Penguasa Gereja mahu menandingi pencapaian bandar Florence.
·         Mereka berhasrat menjadikan Rom cantik dan menarik seperti bandar Florence.
·         Pihak Gereja menggalakkan seni lukis dan seni ukir.
·         Pihak Gereja mengupah pelukis dan pengukir mencantikkan gereja dan katedral.

(e)    Mengapakah penguasa Gereja Rom tidak berminat untuk menaungi kegiatan ahli sains dan matematik ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 218)

Penguasa Gereja Rom tidak berminat untuk menaungi kegiatan ahli sains dan matematik KERANA .....
·         Ahli sains dan matematik sentiasa mencabar pemikiran ahli Gereja.
·         Berlaku perselisihan pendapat antara ahli sains dengan Gerja dalam menjelaskan fenomena alam. Saintis mengatakan matahari adalah pusat alam. Gereja mengatakan bumi adalah pusat alam.
·         Selain itu, disebabkan perbezaan dalam menggunakan kaedah kajian. Saintis menggunakan kaedah empirikal. Gereja menggunakan kaedah kaedah tradisional.


KESAN RENAISSANCE

(a)    Terangkan kesan Renaissance terhadap masyarakat di Eropah.
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219-220)

        Kesan Dalam Bidang Politik
·         Renaissance menyebabkan munculnya monarki baru di Eropah.
Contohnya di Portugal, Castile dan Oregon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.
·         Renaissance menyebabkan wujudnya kerajaan pusat.
Kekuasaan kerajaan pusat diperkukuhkan dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
·         Renaissance menyebabkan kuasa kuasa raja bertambah kukuh.
        Kuasa Gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan.


        Kesan Dalam Bidang Ekonomi
·         Renaissance menyebabkan kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus.
        Sistem perdagangan semakin berkembang.
·         Renaissance menyebabkan berlakunya kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
        Kegiatan ini seiring dengan kemajuan dalam matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi.

        Kesan Dalam Bidang Sosial
·         Renaissance membangkitkan semangat inkuiri.
Cendekiawan lebih mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
        Hal ini menyebabkan berkembangnya ilmu biologi, fizik, kimia dan perubatan.
·         Renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
        Manusia mula menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
        Hal ini melahirkan budaya mempunyai keyakinan diri.
·         Renaissance melahirkan masyarakat yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
        Manusia menggunakan kebolehan dan ilmu untuk memajukan kehidupan.
Hal ini melahirkan sifat berani meneroka perkara baru.


(b)    Bagaimanakah monarki baru di Eropah mengukuhkan kedudukannya ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219)

Monarki baru di Eropah mengukuhkan kedudukannya DENGAN CARA .....
·         Mewujudkan kerajaan pusat yang kukuh.
·         Mewujudkan kesatuan bangsa di bawah satu kerajaan pusat.
·         Mengamalkan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.
·         Mengurangkan kuasa Gereja
·         Mengurangkan kuasa golongan bangsawan.


(c)    Bagaimanakah semangat Renaissance berjaya meningkatkan perkembangan intelektual masyarakat Eropah ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. 219)

·         Semangat Renaissance membangkitkan semangat inkuiri. Semangat ini mengutamakan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
·         Semangat Renaissance memberi keutamaan kepada keobjektifan dan eksperimen.
·         Semangat Renaissance meningkatkan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.
·         Semangat Renaissance membangkitkan sifat individualisme yang mendorong manusia menzahirkan emosi melalui muzik, lukisan dan ukiran.
·         Semangat Renaissance menggalakkan penggunaan ilmu untuk memajukan kehidupan.
·         Semangat Renaissance melahirkan sifat berani meneroka perkara baru.

(d)          Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada Zaman                                              Renaissance untuk kemajuan negara dan bangsa Malaysia? 
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·         Sekiranya kita berani meneroka perkara baru, kita akan dapat memajukan pemikiran masyarakat.
·         Sekiranya kita memanfaatkan ilmu pengetahuan, kita akan mencapai kejayaan dalam segala bidang.
·         Sekiranya kita memiliki semangat inkuiri, kita akan sentiasa berfikir secara objektif dan saintifik.
·         Sekira semua pihak bekerjasama, kita akan berjaya mewujudkan perpaduan dalam masyarakat.


(e)     Bagaimanakah kita boleh menghindarkan negara kita daripada mengalami Zaman Gelap seperti yang berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)

·      Kita hendaklah menguasai ilmu pengetahuan. Contohnya kita hendaklah menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu matematik, fizik. Astronomi, perubatan dan sebagainya. Kita juga dituntut mengadunkan ilmu pengetahuan daripada tamadun lain dengan ilmu pengetahuan dalam masyarakat kita. Hal ini pemikiran masyarakat kita semakin berkembang maju. Lahirnya semangat inkuiri dalam kalangan ilmuan di Eropah pada masa itu. Sebagai kesimpulannya, penguasaan ilmu sangat penting kepada negara kerana dengan penguasaan tersebut, kajian dan penyelidikan dapat dilakukan dalam pelbagai bidang.


(f)      Sejauhmanakah perkembangan yang berlaku pada Zaman Renaissance mendatangkan manfaat kepada masyarakat Eropah pada zaman selepasnya ?
         (Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat ms. XXX)


·       Bandar pelabuhan di Itali telah muncul menjadi pusat perkembangan idea baru. Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama. Bandar ini menjadi pusat perkembangan aliran pemikiran humanisme. Hal ini menyebabkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan berkembang.  Selain itu, lahirnya golongan cendekiawan di bandar-bandar tersebut. Di bandar ini juga munculnya pedagang-pedagang kaya seperti keluarga Medici yang menjadi penaung (patron) kepada kegiatan seniman dan cendekiawan. Bandar-bandar tersebut juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar mereka. Sebagai kesimpulannya, bandar tersebut memainkan peranan penting kerana gabungan penglibatan pedagang, cendekiawan dan ilmu pengetahuan telah membantu golongan cendekiawan menggunakan akal bagi menyelesaikan permasalahan serta menyebarkan idea renaissance ke seluruh Eropah. Hal ini melahirkan budaya mempunyai keyakinan diri dengan menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran. Mereka berani meneroka perkara untuk memajukan kehidupan.

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306