MAKSUD
  IMPERIALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Maksud imperialisme 
 | 
 
1 
 | 
  
Imperialisme
  ialah dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menjajah negara lain
  untuk kepentingan tertentu. 
 | 
 
2 
 | 
  
Imperialisme
  bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya dengan menyebarkan
  budaya hidup mereka dalam kalangan rakyat di negara yang dijajahnya. 
 | 
 
3 
 | 
  
Selain
  itu, imperialisme juga bermaksud dasar sesebuah negara menguasai ekonomi
  negara yang menjadi tanah jajahan. 
 | 
 
LATAR
  BELAKANG IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Imperialisme
  ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
  negara lain untuk kepentingan tertentu. 
 | 
 
2 
 | 
  
Imperialisme
  telah berlaku sejak Empayar yunani dan Empayar Rom lagi.  
 | 
 
3 
 | 
  
Namun,
  imperialisme moden bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat
  menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. 
 | 
 
4 
 | 
  
Imperialisme
  Barat di Asia Tenggara berlaku pada abad ke-16 lagi. Kegiatan ini didorong
  oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan itu. 
 | 
 
5 
 | 
  
Belanda menjajah
  Indonesia, British menguasai Burma (myanmar), Semenanjung Tanah Melayu,
  Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada
  Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau
  Timor-Timur. 
 | 
 
FAKTOR-FAKTOR
  IMPERIALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia
  Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Imperialisme Barat di Asia Tenggara disebabkan oleh keistimewaan Asia
  Tenggara.  Asia Tenggara mempunyai
  kedudukan yang strategik kerana terletak antara China dan India. Dengan
  menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang
  besar di dunia. Selain itu, Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur dan kaya
  dengan bahan mentah. 
 | 
 
2 
 | 
  
Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan
  secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan
  pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur
  terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. 
 | 
 
3 
 | 
  
Imperialisme Barat juga didorong oleh perkembangan sistem perhubungan
  dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
  Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor
  tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan menjimatkan
  kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan menjadi lebih
  mudah dan berkesan. 
 | 
 
4 
 | 
  
Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara
  menjadi mangsa penjajahan. Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah
  jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan
  yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan. 
 | 
 
5 
 | 
  
Slogan “Beban
  Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda dalam menjalankan
  imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka mahu
  majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan slogan  “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak
  mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat menyebarkan agama
  Kristian.  
 | 
 
KEISTIMEWAAN
  ASIA TENGGARA MENDORONG IMPERIALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Keistimewaan
  Asia Tenggara yang menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme
  di rantau tersebut 
 | 
 
1 
 | 
  
Asia Tenggara
  mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai contohnya, Asia Tenggara terletak
  di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa. Pelabuhan di Asia Tenggara
  menjadi tempat persinggahan pedagang yang berulang-alik dari Timur ke Barat.
  Hal ini menyebabkan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka kerana
  hendak menguasai jalan perdagangan antarabangsa. 
 | 
 
2 
 | 
  
Asia Tenggara
  terletak antara China dan India. China dan India mempunyai penduduk yang
  ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai
  kawasan pasaran yang besar di dunia.  
 | 
 
3 
 | 
  
Asia Tenggara juga
  memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat sesuai digunakan  untuk menanam tanaman komersil. Hasil
  tanaman tersebut dapat dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian 
 | 
 
4 
 | 
  
Asia Tenggara kaya
  dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan galian, hasil hutan, rempah ratus
  serta hasil pertanian. Sumber tersebut dapat digunakan untuk keperluan
  perkilangan di negara mereka. 
 | 
 
PERKEMBANGAN
  DI BARAT MENDORONG IMPERIALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Perkembangan yang berlaku di Eropah mendorong kuasa imperialisme
  kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Perkembangan yang
  berlaku di Eropah ialah berlakunya Revolusi Perindustrian. Revolusi perindustrian menyebabkan
  hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan
  mereka memerlukan bahan mentah dan pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu
  melakukan penjajahan di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. 
 | 
 
2 
 | 
  
Selain itu, di
  Barat telah berlaku perkembangan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan
  muatan lebih banyak. Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan.
  Kedua-dua faktor tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat
  dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan
  menjadi lebih mudah dan berkesan. 
 | 
 
3 
 | 
  
Di samping itu, negara-negara
  Barat bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan tanah jajahan. Semakin
  luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan yang luas
  melambangkan kekuatan dan kekayaan. Persaingan
  kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa
  penjajahan. 
 | 
 
4 
 | 
  
Seterusnya,
  pelancaran slogan menyebarkan tamadun dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat. Slogan “Beban Orang Putih” digunakan
  oleh British dan Belanda dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa
  mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis
  pula menggunakan slogan  “Tugas
  Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak mentamadunkan orang Timur.  
 | 
 
5 
 | 
  
Akhir sekali, misi menyebarkan agama Kristian telah dilakukan oleh
  kuasa Barat. Mubaligh
  Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian. 
 | 
 
FAKTOR
  EKONOMI YANG MENDORONG IMPERIALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Kepentingan
  ekonomi mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia
  Tenggara.  
 | 
 
1 
 | 
  
Kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara kerana kedudukannya
  yang strategik. Asia Tenggara yang terletak antara China dan India memberikan
  keuntungan dari segi ekonomi. Hal ini menyebabkan kuasa Barat dapat menguasai
  laluan perdagangan antarabangsa. 
 | 
 
2 
 | 
  
Dengan menjajah
  Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di
  dunia. Kuasa Barat boleh meluaskan pasaran hasil perkilangan mereka ke China
  dan India.  
 | 
 
3 
 | 
  
Selain itu, kuasa
  Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai tanah yang subur. Mereka
  dapat mengusahakan pertanian komersil.  Hasil pertanian dagangan itu boleh
  memberikan kekayaan kepada mereka.  
 | 
 
4 
 | 
  
Di samping itu, kuasa
  Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai kekayaan bahan mentah.
  Bahan mentah tersebut dapat dibekalkan secara berterusan untuk memenuhi
  keperluan perkilangan di negara mereka. 
 | 
 
5 
 | 
  
Di samping itu, kuasa
  Barat menjajah Asia Tenggara kerana membuka peluang kepada syarikat
  perniagaan mereka meluaskan pelaburan. Syarikat tersebut diberi peluang
  membuat pelaburan dalam perladangan, perkilangan, perlombongan dan
  sebagainya. 
 | 
 
SLOGAN
  MENYEBARKAN TAMADUN ADALAH MUSLIHAT 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Slogan menyebarkan
  tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah muslihat mereka untuk menjajah
  Asia Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Slogan “Beban Orang
  Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa ini mendakwa bahawa
  mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk
  memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Kuasa Perancis
  menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab
  untuk mentamadunkan orang Timur.   
 | 
 
2 
 | 
  
Mereka sebenarnya
  tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan tersebut hanyalah
  muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan kepentingan mereka. 
 | 
 
3 
 | 
  
Mereka sebenarnya
  hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat bersaing sesama mereka.
  Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah jajahan yang luas. Keluasan
  tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan.  
 | 
 
4 
 | 
  
Mereka juga
  menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi perkembangan
  Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia Tenggara yang kaya
  dengan bahan mentah untuk menjamin bekalan bahan mentah secara konsisten.
  Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat meluaskan pasaran hasil
  perkilang  pasaran ke India dan China. 
 | 
 
5 
 | 
  
Selain itu, mereka
  menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk menguasai ekonomi di
  negara-negara Asia Tenggara. Dengan menjajah Asia Tenggara, mereka dapat
  melantik wakil mereka untuk melabur dalam bidang perniagaan, perlombongan dan
  perladangan.  
 | 
 
6 
 | 
  
Di samping itu,
  kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya Barat agar menjadi
  amalan hidup masyarakat Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat untuk
  menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.   
 | 
 
KEJAYAAN
  THAILAND MENGELAKKAN PENJAJAHAN 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Kejayaan pemerintah
  Thailand menghalang penjajahan kuasa Barat ke atas negaranya 
 | 
 
1 
 | 
  
Raja-raja
  Thai berjaya membendung penglibatan kuasa Barat dalam sistem pemerintahan
  Thailand. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah menjalankan pentadbiran
  negara berasaskan kepada pentadbiran Barat. Mereka mengadakan pembaharuan
  dalam pemerintahan negara Thai dengan meniru sistem pemerintahan Barat. 
 | 
 
2 
 | 
  
Raja
  Mongkut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa tertentu di Thailand. Baginda
  berbaik-baik dengan semua kuasa Barat. Baginda telah melantik 80 orang
  penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan melatih pegawai-pegawai
  tempatan. Penasihat Britain dilantik menjadi penasihat dalam bidang kewangan,
  pelabuhan dan jabatan polis. Penasihat Amerika dilantik menjadi penasihat
  dalam jabatan kastam. Penasihat Perancis dilantik menjadi penasihat dalam
  jabatan ketenteraan. Dengan itu, semua kuasa Barat tidak mempunyai kesempatan
  untuk menjalankan dasar penjajahan di Thailand. 
 | 
 
3 
 | 
  
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat
  Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari
  Britain dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir
  kerajaan dilantik berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan
  pentadbiran. Kuasa Barat tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran
  negara Thai.  
 | 
 
4 
 | 
  
Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja
  mutlak kepada sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan
  peluang kuasa Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.  
 | 
 
5 
 | 
  
Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik
  dalam negara. Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini
  menyebabkan baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap kerabat
  diraja yang menguasai politik negara. 
 | 
 
6 
 | 
  
Perdana Menteri Thailand, Phibul Songram berjaya menyekat penguasaan
  ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Beliau telah meluluskan
  undang-undang menyekat penguasaan ekonomi oleh pihak tersebut. Monopoli
  perniagaan oleh syarikat Barat dan orang Cina dihapuskan. Beliau telah
  menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Hal
  ini menyebabkan Thailand tidak perlu bergantung kepada syarikat Barat untuk
  memajukan negara. 
 | 
 
USAHA
  IMPERIALIS BARAT MENGUKUHKAN PENJAJAHAN 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Usaha yang
  dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan dasar  penjajahan mereka di Asia Tenggara. 
 | 
 
1 
 | 
  
Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui
  pengenalan sistem birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan dan digantikan
  penubuhan kerajaan pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina serta
  Kerajaan Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu. Gabenor
  Jeneral telah mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan
  pusat. Dengan perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah kehilangan
  kuasa, tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai oleh penjajah sepenuhnya. 
 | 
 
2 
 | 
  
Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan
  cara menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja
  Raya, Polis dan sebagainya telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah
  dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan
  pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara barat. Oleh itu, segala dasar yang
  dilaksanakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah. 
 | 
 
3 
 | 
  
Selain
  itu, kuasa imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguatkuasakan
  undang-undang barat. Contohnya, Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma
  telah diperkenalkan oleh British di Myanmar. Pelaksanaan undang-undang
  tersebut melenyapkan penguasaan pembesar tradisional tempatan dalam
  pentadbiran. Di Tanah Melayu pula, British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan
  Melayu dan Enakmen Tanah Padi. Undang-undang tersebut menafikan penglibatan
  orang Melayu dalam pertanian komersil. Paksaan undang-undang tersebut ke atas
  pemimpin dan rakyat tempatan menyebabkan mereka berjaya menguasai pentadbiran
  dan ekonomi tanah jajahan.  
 | 
 
4 
 | 
  
Kuasa
  imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara mengeksplotasi ekonomi
  negara tanah jajahannya. Contohnya, Brtish dan Belanda menguasai bijih timah
  diTanah Melayu dan Indonesia. Filipina mengeksploitasi pertanian komersil di
  Filipina melalui pelaksanaan Sistem Polo. Belanda pula menindas rakyat
  Indonesia melalui Sistem Tanaman Paksa. Hal ini menyebabkan mereka berjaya
  mengukuhkan ekonomi dengan cara mengaut sumber kekayaan tanah jajahan. 
 | 
 
5 
 | 
  
Di
  samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara
  memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu, British memperkenalkan
  sistem pendidikan vernakular untuk mengasingkan kaum mengikut etnik
  masing-masing. Di Indonesia, Belanda mengasingkan anak golongan priyayi dengan
  anak orang kebanyakkan. Tindakan  yang
  diamalkan berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Oleh itu, tidak
  timbul penentangan terhadap mereka. 
 | 
 
KESAN
  IMPERIALISME KE ATAS NEGARA ASIA TENGGARA 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Kesan
  imperialisme Barat ke atas negara dan masyarakat Asia Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Penjajahan Barat
  memberi kesan dalam aspek politik. Negara-negara Asia Tenggara kecuali
  Thailand telah menjadi tanah jajahan kuasa Barat.. Tanah Melayu, Burma,
  Sarawak dan Sabah menjadi tanah jajahan British. IndoChina menjadi jajahan
  Perancis, manakala Filipina dijajah oleh Amerika. 
 | 
 
2 
 | 
  
Penjajahan
  menyebabkan sistem birokrasi telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem
  pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan Pesuruhjaya Tinggi dilantik oleh
  kuasa penjajah menjadi ketua di tanah jajahan. Raja telah kehilangan kuasa
  memerintah. 
 | 
 
3 
 | 
  
Pemerintah tempatan
  terpaksa menerima para penasihat dari Barat. Jawatan pembesar tradisional di
  peringkat pusat telah dihapuskan. Pentadbiran negara tanah jajahan dilaksanakan
  melalui biro. Pegawai-pegawai Barat dilantik mengetuai biro. 
 | 
 
4 
 | 
  
Penjajahan
  menyebabkan kuasa-kuasa Barat memperkenalkan sistem perundangan Barat . Negara
  tanah jajahan terpaksa menggunakan undang-undang negara penjajah. Perundangan
  peribumi pula diubahsuai agar menyerupai sistem perundangan Barat.  
 | 
 
5 
 | 
  
Kegiatan ekonomi
  peribumi telah distrukturkan untuk kepentingan ekonomi negara penjajah.
  Contohnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih
  telah dijalankan secara besar-besaran bagi memastikan bahan tersebut dapat
  dibekalkan untuk keperluan industri di Britain. Sistem Tanaman Paksa dan Sistem
  Polo dilaksanakan di Indonesia dan Filipina. 
 | 
 
6 
 | 
  
Penjajahan Barat
  memberi kesan kepada sistem pendidikan. Contohnya,  sistem pendidikan Inggeris telah
  diperkenalkan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun sistem pendidikan tersebut tidak
  disebarkan secara meluas. Ianya terhad di kawasan bandar sahaja. Sistem
  pendidikan tersebut bertujuan untuk melatih pentadbir bawahan bagi keperluan
  pentadbiran British sahaja. Kepincangan sistem pendidikan inilah yang
  kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan peribumi selepas merdeka.  
 | 
 
7 
 | 
  
Kuasa Barat telah
  mengimport buruh dari negara lain untuk keperluan ekonomi dagangan mereka.
  Dasar ini telah membawa perubahan kepada komposisi etnik di negara yang
  dijajah. Penjajah pula tidak berusaha untuk mengharmonikan hubungan kaum semasa
  pemerintahan mereka. Pemerintah peribumi selepas merdeka terpaksa memikul
  tugas menjalin hubungan baik dalam kalangan pelbagai kaum. 
 | 
 
PENJAJAHAN
  MEMBAWA KEPADA PENGENALAN BIROKRASI 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Penjajahan ke
  atas negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan pengenalan sistem
  birokrasi Barat 
 | 
 
1 
 | 
  
Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem
  birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan
  beraja. Sebelum kedatangan penjajah, negara-negara Asia Tenggara terdiri
  daripada beberapa buah kerajaan berasingan yang diketuai oleh raja dan
  dibantu oleh golongan pembesar. 
 | 
 
2 
 | 
  
Penjajah membawa kepada penubuhan Kerajaan Pusat.
  Wilayah-wilayah di tanah jajahan disatukan. Sebagai contohnya, Perancis menyatukan
  wilayah di IndoChina dengan menubuhkan Union Indochinoise. Di Tanah Melayu
  pula, penjajah British menubuhkan Kerajaan Negeri Selat, Kerajaan Negeri
  Melayu Bersekutu. Penubuhan Kerajaan Pusat telah melenyapkan sistem
  pemerintahan beraja yang diamalkan di Asia Tenggara sejak sekian lama.  
 | 
 
3 
 | 
  
Imperialis Barat melantik Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya
  untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat yang telah dibentuk. Gabenor
  Jeneral dilantik daripada kalangan bangsa penjajah. Pegawai tersebut
  menjalankan pemerintahan mengikut kehendak penjajah. Gabenor Jeneral yang
  dilantik telah mengambil alih kuasa raja menjalankan pemerintahan. Hal ini
  menyebabkan raja telah hilang kewibawaan dan kuasa pemerintahan.  
 | 
 
4 
 | 
  
Mereka membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu
  pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Penjajah melaksanakan pentadbiran
  dengan cara menubuhkan jabatan (biro). Berbagai-bagai jabatan ditubuhkan
  seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Balai Polis dan sebagainya.
  Tiap-tiap jabatan diketuai oleh Ketua Biro yang dilantik daripada pegawai
  Barat. Perlantikan Ketua Biro telah menyingkirkan jawatan pembesar tempatan
  di peringkat pusat dan daerah.  
 | 
 
5 
 | 
  
Penjajahan Barat telah menyebabkan undang-undang Barat
  diperkenalkan. Undang-undang negara penjajah dikuatkuasakan di negara tanah
  jajahan. Undang-undang baru yang akan diperkenalkan, digubal dan diluluskan
  oleh Parlimen di negara penjajah. Berbagai undang-undang diperkenalkan.
  Undang-undang tersebut menimbulkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat
  tempatan. Sebagai contohnya, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu
  Burma dan Akta Perkampungan Burma. Akta ini telah melenyapkan pentadbiran
  tradisional di Burma. Di Tanah Melayu pula, pihak British telah
  menguatkuasakan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi.
  Undang-undang tersebut telah menghalang orang Melayu melibatkan diri dalam
  penanaman getah. 
 | 
 
PENJAJAHAN
  MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Dasar-dasar
  penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia
  Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Kehadiran imperialis Barat di Asia Tenggara adalah untuk
  kepentingan ekonomi negara mereka. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan
  diskriminasi dan penindasan.  
 | 
 
2 
 | 
  
Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan
  perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Pengenalan sistem birokrasi
  telah melenyapkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian
  lama. Raja-raja dan pembesar tempatan telah kehilangan kuasa dan kewibawaan.
  Tambahan pula, sistem birokrasi yang diperkenalkan tidak membeikan peluang
  yang sewajarnya rakyat tempatan. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati
  rakyat tempatan. 
 | 
 
3 
 | 
  
Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh penjajah
  menyebabkan rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebagai
  contohnya, sistem ekonomi dagangan di Tanah Melayu hanya dikuasai oleh
  syarikat Eropah dan orang dagang. Rakyat tempatan digalakkan menanam padi dan
  menjalankan ekonomi tradisioanl. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem
  Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk
  peribumi.Kehidupan yang miskin mendorong mereka menuntut pembaikan terhadap
  taraf hidup. 
 | 
 
4 
 | 
  
Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dalam kalangan
  masyarakat. Mereka menganggap bahawa mereka hanya layak bergaul dengan
  golongan elit tempatan seperti golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang
  berpendidikan Barat.  
 | 
 
5 
 | 
  
Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang
  mencetuskan nasionalisme. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam
  menyediakan kemudahan pendidikan. Mereka men gutamakan sekolah yang
  menggunakan pengantar bahasa penjajah. Penjajah hanya memberikan pendidikan
  di peringkat rendah. Tambahan pula mereka hanya memberi keutamaan kepada
  golongan elit dan penduduk bandar sahaja. Sebagai contohnya, di Indonesia,
  anak golongan priyayi diberi pendidikan
  berasingan daripada anak orang kebanyakan. Di Tanah Melayu pula, lepasa
  sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan. Di Burma, pendidikan sekular dan
  pendidikan mubaligh menjadiancaman kepada sekolah Buddha. 
 | 
 
6 
 | 
  
Sebagai kesimpulannya, semua perkara yang tidak disenangi
  oleh rakyat tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme. Faktor tersebut
  berkait antara satu sama lain dan mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap
  penjajahan kuasa Barat. 
 | 
 
PENJAJAHAN
  BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME) 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku
  ke atas Negara Dunia Ketiga pada hari ini 
 | 
 
1 
 | 
  
Penjajahan bentuk
  baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara mencampuri urusan
  politik di negara-negara yang lemah. Sebagai contohnya, Amerika campur tangan
  dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu mewujudkan kestabilan di
  negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein, digulingkan, Amerika mendalangi
  perlantikan pemerintah baru.  Hal yang
  sama juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang dilantik
  itu mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-dasar
  politik negara tersebut ditentukan oleh negara besar. Oleh yang demikian,
  negara kecil yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana dasar-dasar
  negaranya masih ditentukan oleh negara besar. 
 | 
 
2 
 | 
  
Kuasa
  besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan ekonomi.
  Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah di Negara Dunia Ketiga. Negara Membangun
  tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi
  barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak
  adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan
  mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman
  yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual
  bahan mentah kepada Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak
  stabil.  Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada
  Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran
  sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak
  dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa
  bergantung kepada Negara Maju selama-lamanya. 
 | 
 
3 
 | 
  
Penjajahan bentuk baru dilakukan
  oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
  Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan beragama dan
  nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama
  Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam amalan hidup seharian. Hal ini
  menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup tempatan semakin kurang
  diamalkan. Masyarakat lebih cenderung mengamalkan cara hidup Barat. Sebagai
  kesimpulannya, penerapan cara hidup Barat merupakan satu bentuk
  neokolonialisme. Ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan di
  Asia Tenggara kerana keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat semakin
  meruncing. Masyarakat hilang jati diri. 
 | 
 
KESAN
  PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME) 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme
  bentuk baru (neokolonialisme) 
 | 
 
1 
 | 
  
Imperialisme bentuk
  baru memberi kesan dalam aspek politik. Dasar-dasar politik Negara Dunia
  Ketiga ditentukan oleh negara besar. Hal ini disebabkan kuasa-kuasa besar
  dunia campur tangan dalam hal ehwal di Negara Membangun.  Sebagai contohnya, negara-negara kuasa
  besar menjadikan keamanan sejagat sebagai alasan untuk mencampuri urusan
  politik negara-negara tertentu. Mereka menerapkan ideologi politik yang didokongnya.
  Mereka juga memberikan bantuan ketenteraan dan sokongan pentadbiran. Hal ini
  menyebabkan negara kecil tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara besar. Pemimpin
  negara berkenaan menjalankan pentadbiran, menjalinkan dasar luar dan
  melaksanakan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin negara
  yang menguasainya. Oleh yang demikian, walaupun secara zahirnya, negara kecil
  itu sudah nsekian  lama merdeka, namun
  hakikat sebenarnya mereka masih terjajah kerana dasar pentadbiran negaranya
  masih ditentukan oleh negara besar. 
 | 
 
2 
 | 
  
Imperialisme bentuk
  baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih terjajah. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran
  dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa
  bergantung kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah
  Negara Dunia Ketiga. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang
  tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga
  bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap
  pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa
  menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga bahan mentah tersebut tidak
  stabil.  Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada
  Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran
  sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak
  dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa
  bergantung kepada Negara Maju buat selama-lamanya. 
 | 
 
3 
 | 
  
Penjajahan bentuk
  baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian daripada cara hidup
  masyarakat tempatan. Kuasa-kuasa besar dunia menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
  Tenggara seperti amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan
  nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama
  Kristian serta mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai
  sosial tempatan semakin kurang diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan
  negatif kepada masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin
  meruncing. Masyarakat tempatan hilang jati diri. 
 | 
 
CABARAN
  YANG MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA 
 | 
 |
Q1 
 | 
  
Cabaran masa kini yang boleh mengancam kedaulatan
  negara 
 | 
 
Q2 
 | 
  
Keadaan yang
  berlaku pada masa kini yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara 
 | 
 
1 
 | 
  
Cabaran utama yang
  boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara ialah usaha membina bangsa
  Malaysia yang bersatu padu. Walaupun masyarakat yang berlainan kaum berganding
  bahu di bawah satu sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka tetap berasingan.
  Interaksi dan hubungan antara kaum agak terbatas. Hal ini boleh mengundang
  berlaku ketegangan kaum yang menggugat kestabilan negara. Oleh yang demikian,
  fenomena tersebut membuka ruang kepada pihak luar yang berkepentingan
  berusaha memecahbelahkan perpaduan dan menguasai politik negara ini. 
 | 
 
2 
 | 
  
Cabaran
  berikutnya ialah arus globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun bangsa
  mengikut kehendak Barat. Serangan siber yang
  bertali arus amat berbahaya jika tidak dibanteras. Sebagai contohnya, penjenayah siber bebas menyebarkan virus, menggodam
  dan mencuri data untuk tujuan risikan perniagaan atau kerajaan. Maklumat
  yang disogokkan itu diterima dan dipercayai bulat-bulat oleh rakyat kita. Hal
  ini menyebabkan kestabilan negara tergugat. Oleh yang demikian, serangan
  siber perlu dibendung kerana dengan sedikit kesilapan akan mampu meruntuhkan
  negara. 
 | 
 
3 
 | 
  
Cabaran
  yang seterusnya ialah krisis ekonomi yang boleh menggugat kemajuan negara.
  Sebagai contohnya, krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada 1997 hampir
  menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-an dan 1980-an. Hal yang sama
  juga berlaku di negara kita pada hari ini. Krisis tersebut bukan sekadar
  melumpuhkan aktiviti perdagangan malah menimbulkan masalah pengangguran. Hal
  ini menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap masa depan ekonomi negara.  Aliran kewangan menjadi lembap dengan nilai
  saham menjunam teruk, sementara itu nilai matawang ringgit berada pada paras
  yang membimbangkan. Oleh itu, jika kita tidak berusaha mengekang ancaman
  ekonomi negara maju, kemungkinan ekonomi negara kita dikuasai oleh negara
  maju. 
 | 
 
4 
 | 
  
Perkembangan
  yang berlaku di negara jiran serantau juga boleh menggugat kestabilan dan
  kedaulatan negara. Sebagai contohnya, krisis politik di Myanmar menimbulkan
  kebimbangan pemimpin dan rakyat negara ini. Penghapusan etnik Rohingya oleh
  Junta Tentera Myanmar bukan lagi masalah dalaman mereka, tetapi dianggap
  masalah antarabangsa. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa besar dunia menggunakan
  alasan tersebut untuk  mencampuri hal
  ehwal di Myanmar. Oleh yang demikian, kestabilan rantau ASEAN akan tergugat
  dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada negara kita. 
 | 
 
USAHA
  MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Peranan Warganegara Malaysia Dalam Usaha Mengekalkan
  Kedaulatan Negara 
 | 
 
1 
 | 
  
Untuk
  mengekalkan kedaulatan negara, setiap warganegara perlu berganding bahu
  mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Sebagai contohnya, rakyat
  mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara.  Perlembagaan Malaysia
  mestilah dihormati dan dipatuhi. Hal ini menjadikan masyarakat Malaysia
  menjadi masyarakat yang mematuhi undang-undang. Pihak kerajaan mestilah
  sentiasa memantau dan membendung penyebaran ideologi politik berhaluan kiri,
  fahaman agama syiah dan doktrin keganasan militan daesy di negara kita.  
 | 
 
2 
 | 
  
Negara
  Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha mengekalkan
  kedaulatan negara, kita hendaklah mengelakkan ketegangan kaum yang boleh
  memecahbelahkan perpaduan.  Kita
  haruslah bertolak ansur dan mengelakkan perselisihan faham demi untuk
  kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat toleransi perlu dipupuk untuk mengukuhkan
  semangat kekitaan. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat
  memupuk semangat perpaduan kaum serta mengeratkan silaturahim. Oleh itu,
  sikap bersatu-padu dapat mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan yang kukuh
  menjadi benteng yang dapat menghalang penglibatan kuasa luar. 
 | 
 
3 
 | 
  
Kita mestilah
  memajukan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat. Rakyat Malaysia
  hendaklah  bersifat produktif, rajin
  dan gigih. Sifat tersebut dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan
  taraf hidup mereka. Kita juga harus kreatif mengatasi cabaran negara.
  Misalnya, rakyat Malaysia telah bersatu-padu dan bergabung tenaga untuk
  memajukan semula ekonomi negara apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998.
  Hal tersebut menyebabkan  kita dapat
  menjana penyertaan rakyat dalam perniagaan dan perusahaan. Pendapatan dan
  taraf hidup rakyat meningkat. Oleh yang demikian, kehidupan  rakyat yang sejahtera menafikan penjajahan ekonomi
  kuasa-kuasa besar. 
 | 
 
4 
 | 
  
Kita
  juga perlu memupuk jati diri rakyat agar cinta akan negara dan bangsa. Sikap
  menghormati raja dan pemimpin negara hendaklah sentiasa dipupuk dalam
  kalangan generasi muda. Perjuangan tokoh negara seperti Tunku Abdul
  Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain  mestilah dihargai. Lambang-lambang negara seperti
  Jalur Gemilang, Lagu Negaraku harus dihormati dengan penuh cinta. Dengan
  semangat tersebut, rakyat Malaysia 
  sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.  
 | 
 
5 
 | 
  
Kesimpulannya, kita
  haruslah bekerjasama menghadapi apa jua cabaran dalam negara, Kita hendaklah sentiasa
  memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat
  penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedaulatan negara.  
 | 
 
PERLUNYA
  MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Rasionalnya semua pihak di negara kita berusaha
  mengekalkan kedaulatan negara 
 | 
 
1 
 | 
  
Kemerdekaan
  membawa makna yang amat besar kepada kita semua. Melalui kedaulatan, kita
  bebas menentukan corak pemerintahan negara mengikut acuan kita sendiri.
  Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan sistem demokrasi dengan konsep Raja
  Berperlembagaan. Hal ini menyebabkan kita dapat memberikan keadilan kepada
  semua rakyat tanpa mengira kaum. Melalui amalan demokrasi, semua rakyat
  berhak memilih dan membentuk kerajaan. Kerajaan yang dibentuk dapat
  menjalankan pemerintahan dengan adil dan cekap. Dasar-dasar negara dapat
  dilaksanakan dengan lancar. Oleh yang demikian, negara kita akan mencapai
  kemajuan yang pesat. 
 | 
 
2 
 | 
  
Semua
  pihak harus sedar betapa pentingnya kedaulatan negara. Kedaulatan bermakna
  kita bebas menentukan dasar luar negara. Kita bebas menjalin hubungan dengan
  negara lain mengikut kepentingan negara kita. Sebagai contohnya, kita
  menjalinkan dasar luar dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.
  Kita berbaik-baik dengan semua negara sama ada negara blok kapitalis mahupun
  blok komunis. Dasar bebas dan berkecuali ini menyebabkan kuasa-kuasa besar
  dunia menghormati prinsip dan kedaulatan negara kita. Oleh itu, negara kita
  dapat berperanan aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti
  menganggotai Komanwel, Kongres Islam Sedunia (OIC), Negara Selatan-Selatan,
  Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.  
 | 
 
3 
 | 
  
Kemerdekaan
  juga memberi kebebasan kepada kita mengamalkan dasar ekonomi mengikut
  keperluan negara. pada zaman awal kemerdekaan, negara kita terpaksa menjalin
  hubungan ekonomi dengan Britain. Namun, setelah kedaulatan negara semakin
  utuh, kita bebas menjalinkan ekonomi dengan mana-mana negara yang
  menguntungkan negara. Sebagai contohnya, kita melancarkan Dasar Pandang ke
  Timur untuk membawa aliran modal dari China, Korea dan Jepun ke negara kita.
  Hal ini dapat meningkatkan kemajuan perusahaan dan perdagangan. Dengan itu,  peluang pekerjaan bertambah dan taraf hidup
  masyarakat meningkat.   
 | 
 
4 
 | 
  
Kedaulatan
  memberi hak untuk kita mewujudkan identiti negara. Kita bebas menggunakan
  lambang-lambang yang menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, kita bebas
  merekacipta bendera dan menggubah lagu kebangsaan negara. Kita juga berhak
  menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta dan agama Islam sebagai
  agama rasmi Persekutuan. Hal yang demikian menyebabkan perpaduan masyarakat
  berbilang kaum semakin kukuh. Masyarakat yang berbagai etnik dapat hidup dengan
  harmoni. Dengan itu, usaha pihak luar untuk mengganggu gugat keamanan negara
  kita tidak berjaya.   
 | 
 
CABARAN
  UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN 
 | 
 |
Q 
 | 
  
Mengekalkan
  kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan 
 | 
 
1 
 | 
  
Kita terpaksa akur bahawa mengekalkan kemerdekaan adalah
  lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan. Era
  penjajahan di Tanah Melayu sudah lama berkubur, namun puing-puing penjajahan
  budaya dan pemikiran yang membelenggu masyarakat kelihatan sukar untuk
  dikikis. 
 | 
 
Kita semua mengetahui betapa susahnya pejuang kemerdekaan
  terdahulu berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Segala
  pengorbanan yang ditempuhi hendaklah dijadikan inspirasi bagi membina negara
  bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia. 
 | 
 |
2 
 | 
  
Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi
  kemerdekaan apabila nilai jati diri Melayu secara khususnya tidak lagi
  mendapat tempat di hati segelintir masyarakat. Contohnya, pemakaian baju
  Melayu, bersongkok dan bersamping mula dilupakan terutama ketika menyambut
  hari raya. Generasi muda lebih gemar memperagakan fesyen terkini berbanding
  baju kurung yang melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa
  mengenakan fesyen pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan.  
 | 
 
3 
 | 
  
Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan
  yang tidak berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai
  contohnya, gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik
  perhatian golongan yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa
  segan silu memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga
  seluruh dunia menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian
  lama merdeka. Justeru, apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih
  terjajah tanpa disedari. 
 | 
 
4 
 | 
  
Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang
  menjadi teras keharmonian negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang
  anasir jahat yang cuba diseludup ke negara ini hendaklah ditentang
  habis-habisan. Kegiatan menyelewengkan ajaran agama perlu dibanteras.  Usaha pihak tertentu yang ingin mencetuskan
  huru-hara hendaklah dihentikan.  
 | 
 
5 
 | 
  
Untuk mengisi kemerdekaan,  semua individu haruslah berjuang
  meningkatkan pencapaian diri dalam apa jua bidang. Golongan muda diseru
  mendalami ilmu pengetahuan supaya akan lahir lebih ramai cendekiawan Malaysia
  yang boleh dibanggakan satu hari nanti. 
 | 
 
6 
 | 
  
Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat
  merupakan formula terbaik untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan
  negara. Masyarakat kita mestilah hidup bersatu hati. Perpaduan adalah
  menjadi penghalang terhadap  usaha
  pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan perpecahan. 
 | 
 
IKTIBAR
  DAN NILAI MURNI  
 | 
 |
Q 
 | 
  
Iktibar
  yang boleh diambil daripada penjajahan kuasa Barat ke atas negara-negara Asia
  Tenggara 
 | 
 
1 
 | 
  
Kita
  hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang memperjuangkan
  kedaulatan tanah air. Sebagai contohnya, tokoh yang menghalang penglibatan
  pihak British seperti Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut
  dan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita juga perlu menghargai tokoh kemerdekaan
  negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan
  lain-lain. Hal ini menyebabkan kita dapat menjadikan perjuangan mereka
  sebagai inspirasi untuk memajukan negara. 
 | 
 
2 
 | 
  
Setiap rakyat
  perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pihak
  luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup memainkan peranan menghalang
  penyebaran ideologi yang bercanggah dengan pendirian politik negara kita.
  Kita juga perlu membendung penyebaran doktrin keganasan dan penyebaran ajaran
  sesat yang semakin menular. Hal ini menyebabkan kita dapat mewujudkan kestabilan
  politik dalam negara.  
 | 
 
3 
 | 
  
Seterusnya,
  rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti
  negara. Sebagai contohnya, nilai murni dan budaya Melayu mestilah sentiasa
  dipertahankan kerana ia menjadi teras Kebudayaan Nasional. Selain itu, amalan
  hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh diasimilasikan sebagai cara
  hidup masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan budaya tersebut bukan sahaja dapat
  terus diwarisi diwarisi oleh generasi akan datang malah boleh mengharmonikan
  perpaduan kaum di negara kita. 
 | 
 
4 
 | 
  
Oleh yang
  demikian, keselamatan negara kita terus terjamin. Kita dapat mengelakkan
  campur tangan kuasa asing dalam politik negara. Dengan itu,  kita dapat mentadbir negara mengikut acuan
  kita sendiri. 
 | 
 
KESIMPULAN
   
 | 
 |
Q 
 | 
  
Kesimpulan yang
  dapat dirumuskan daripada keseluruhan isi 
(a)  Pengetahuan yang diperoleh 
(b)  Nilai
  patriotisme yang boleh dihayati 
(c)   Harapan
  menjadikan negara dan bangsa Malaysia unggul di mata        dunia. 
 | 
 
1 
 | 
  
Pengetahuan 
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui
  tentang faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat menjalankan dasar
  imperialisme di Asia Tenggara. Sebagai contohnya, mereka menjajah Asia
  Tenggara untuk kepentingan ekonomi serta menyebarkan agama dan kebudayaan
  mereka. Hal ini menyebabkan mereka telah mengubah sistem politik, ekonomi
  dan  sosial negara-negara yang
  dijajahnya. Selain
  itu, tugasan ini membolehkan kita mengetahui bahawa imperialisme Barat
  memberikan implikasi yang buruk kepada negara tanah jajahan. Sebagai
  contohnya, dasar-dasar penjajahan mereka telah menindas penduduk tempatan.
  Hal ini mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang
  menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan
  daripada kuasa penjajah. 
 | 
 
2 
 | 
  
Nilai Patriotisme 
Nilai patriotisme yang boleh kita
  hayati ialah kita mestilah memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah
  menerima pengaruh luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup berkorban
  dalam mempertahankan tanah air daripada penjajahan asing. Hal ini menyebabkan
  kita dapat mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. Kita mestilah
  mempunyai sikap taat dan setia kepada negara. Contohnya, kita mestilah
  sentiasa bersedia untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan
  tersebut, kita bukan sahaja dapat mengekalkan kedaulatan, malah berjaya
  mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan. 
 | 
 
3 
 | 
  
Harapan
  Kepada Bangsa dan Negara 
Marilah kita
  sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di negara kita
  sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini menyebabkan negara kita
  sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar. Selain itu, kita patut
  sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri yang tinggi. Mereka
  sentiasa bersedia menangkis pengaruh luar yang mencemar budaya masyarakat
  kita. Hal ini menyebabkan identiti negara yang menjadi kebanggaan kita
  sentiasa terpelihara. 
 |