Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(1)  Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.

Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.

Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(2)  Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.

Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.

Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.

Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.

Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.


Bahan Rujukan Lain:

Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk

Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306