Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian).

Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat.

Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan.

Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.

Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online).

Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya.

Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital.

Secara umumnya, tiada pra­syarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

Bahan Rujukan Lain:

Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk

Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306