Tugasan Geografi PT3 2015 : Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Takrifan Kegiatan Ekonomi

Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.

Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

…………………………………………………………………………

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Kegiatan ekonomi di Malaysia boleh dibahagikan kepada kegiatan ekonomi primer, kegiatan ekonomi sekunder dan kegiatan ekonomi tertier. Pembahagian ini  berdasarkan bentuk kegiatan yang terlibat.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan termasuk dalam kategori kegiatan ekonomi primer kerana melibatkan pengeluaran secara langsung daripada sumber alam semula jadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.

Contoh Pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pekebun, peladang, pembalak dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada kegiatan ekonomi primer yang memerlukan  pemerosesan. Bahan mentah diproses menjadi barang siap atau barang separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sekunder ialah kegiatan pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.

Contoh Pekerjaan : pekerja kilang, operator pengeluaran, buruh binaan, jurutera dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi tertier ialah sektor perkhidmatan, seperti pendidikan, perniagaan, perbankan, kewangan, pelancongan dan sebagainya.

Contoh Pekerjaan : guru, doktor, jururawat, polis, tentera, peguam, peniaga, penjaja, pekedai, kerani dan sebagainya.

Bahan Rujukan Lain:

Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk

Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306