KERAJAAN MARITIM
|
SKOP KAJIAN
·
Maksud dan
Ciri Kerajaan Maritim
·
Jenis dan
Fungsi Pelabuhan Maritim
·
Faktor
Kemajuan Kerajaan Maritim
·
Hubungan Baik
Dengan Kerajaan Agraria
·
Nilai dan
Iktibar
MAKSUD DAN CIRI KERAJAAN MARITIM
(a) Nyatakan ciri Kerajaan Maritim
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 78)
·
Terbentuk di pesisiran pantai / kepulauan
·
Berasaskan perdagangan dan aktiviti kelautan
·
Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan
memungut hasil laut
·
Mempunyai pelabuhan
·
Masyarakat mahir dalam ilmu pelayaran
(b) Berikan dua buah kerajaan maritim yang
terdapat di Asia Tenggara.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 78)
·
Langkasuka
·
Kedah Tua
·
Chi-Tu
·
Srivijaya
FUNGSI PELABUHAN KERAJAAN MARITIM
(a) Nyatakan pelabuhan yang wujud dalam kerajaan
maritim dan fungsi pelabuhan tersebut.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 78 – 79)
·
Pelabuhan
Pembekal
Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan.
Contohnya logam seperti emas dan bijih timah, hasil hutan seperti kayu
gaharu, rotan, damar dan kayu balak serta barang makanan seperti beras, daging,
ubi, jagung dan sayur-sayuran.
Pelabuhan ini akan membekalkan barangan tersebut kepada pedagang
tempatan.
·
Pelabuhan
Kerajaan
Pelabuhan kerajaan masih berfungsi sebagai pelabuhan pembekal dan pusat
berdagang.
Pelabuhan ini mengumpulkan hasil tempatan dan membekalkan hasil kepada
pedagang tempatan.
Pelabuhan ini menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di
situ.
Pelabuhan
Entreport
·
Pelabuhan entreport mengumpul hasil daripada pelabuhan
sekitar.
·
Hasil tempatan tersebut dibekalkan kepada pedagang
antarabangsa.
·
Pelabuhan ini juga mengedarkan hasil luar kepada pedagang
tempatan.
(b) Pelabuhan maritim di Asia Tenggara bermula
daripada sebuah petempatan kecil yang
kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan entreport.
Jelaskan proses pembentukannya.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 78 – 79)
·
Pada peringkat awalnya, masyarakat maritim
membina petempatan di kawasan pesisiran pantai dan kepulauan.
Masyarakatnya menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil
laut.
Petempatan ini kemudiannya berkembang menjadi perkampungan nelayan.
Hasil yang berlebihan diperdagangkan di kalangan petempatan tersebut.
Ada antara petempatan tersebut yang berkembang menjadi tempat
berdagang.
·
Petempatan itu berkembang menjadi pelabuhan
pembekal.
Pelabuhan tersebut mendapat bekalan hasil tempatan seperti emas, bijih
timah, hasil hutan dan makanan.
Pelabuhan pembekal ini disinggahi oleh pedagang yang mahu mendapatkan
bekalan tersebut.
·
Ada pelabuhan pembekal ini yang berkembang
statusnya menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ.
Contohnya Langkasuka, Kedah Tua, Champa dan Srivijaya.
Pelabuhan kerajaan masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan
tempat berdagang.
Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan berhampiran.
Pelabuhan ini akhirnya menjadi kawasan perdagangan yang strategik.
·
Pelabuhan kerajaan tersebut berkembang
menjadi pelabuhan entreport.
Hal ini adalah disebabkan kedudukannya di laluan perdagangan antara
China dengan India.
Ia menjadi tarikan kepada pedagang dari Teluk Siam, Kemboja, Vietnam,
China Selatan, India dan Barat kerana terletak di Selat Melaka
Pelabuhan entreport menjalinkan hubungan dengan kerajaan besar seperti
China dan India.
FAKTOR KEMAJUAN KERAJAAN MARITIM
(a) Jelaskan faktor yang membantu Srivijaya
muncul menjadi kerajaan maritim yang terulung
di Asia Tenggara.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 80 – 81)
Srivijaya
muncul menjadi kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara KERANA.....
·
Pelabuhan Srivijaya mempunyai kedudukan yang
strategik.
Pelabuhannya terletak antara Selat Melaka dan Selat Sunda. Pelabuhan
ini menjadi laluan perdagangan antara China dan India. Hal ini menyebabkan
pelabuhannya disinggahi pedagang dari China dan India.
·
Pelabuhan Srivijaya memiliki pelabuhan yang
baik.
Pelabuhan yang dalam. Terlindung daripada angin kuat.
·
Kerajaan Srivijaya memiliki bala tentera yang
besar.
Dianggotai oleh pelbagai rakyat termasuklah orang laut. Tentera laut
mengawal keselamatan kerajaan dan perdagangan di Selat Melaka.
·
Pelabuhan Srivijaya memiliki bekalan barangan
yang banyak.
Bekalan barang diperoleh daripada wilayah taklukan.
·
Masyarakat Srivijaya mempunyai kemahiran
membina kapal.
Mereka mampu menghasilkan kapal besar.
·
Pelabuhan Srivijaya mempunyai hubungan dengan
negara luar.
Srivijaya mengadakan hubungan perdagangan dengan Kedah Tua.
(b) Mengapakah Kedah Tua berkembang maju sebagai
kerajaan maritim di pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-11 Masihi ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 82 – 83)
Kedah
Tua berkembang maju sebagai kerajaan maritim di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu pada abad ke-11 Masihi KERANA.....
·
Kedudukan Kedah Tua amat strategik iaitu di laluan Selat
Melaka.
·
Pelabuhan Kedah Tua terlindung daripada monsun Barat Daya
dan Timur Laut.
·
Terdapat Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar
masuk ke pelabuhan.
·
Kedah Tua kaya dengan bekalan hasil hutan seperti damar,
rotan dan sebagainya.
·
Kedah Tua juga kaya dengan sumber bumi seperti bijih
timah.
·
Barang dagangan dari luar mudah diperoleh di pelabuhan
Kedah Tua seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar dan manik.
·
Kedah Tua menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan
besar seperti Srivijaya, China Timur Tengah dan India.
·
Pelabuhan Kedah Tua dikunjungi oleh pedagang luar.
·
Mereka mahir dalam ilmu pelayaran yang berpandukan
bintang di langit.
·
Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca
memberi kelebihan kepada masyarakat Melayu Kedah Tua.
HUBUNGAN BAIK KERAJAAN
MARITIM DENGAN KERAJAAN AGRARIA
(a) Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap
berbaik-baik dengan kerajaan
agraria ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 83)
Kerajaan
maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dengan kerajaan agraria KERANA .....
·
Kerajaan maritim hendak mendapatkan beras.
·
Beras dijadikan sumber makanan dan bahan pertukaran dalam
perdagangan.
·
Memerlukan bekalan makanan.
·
Mendapatkan bekalan hasil
hutan.
·
Mendapatkan gajah.
·
Mendapatkan khidmat tukang
mahir.
·
Menjual barang dagangan
antarabangsa.
NILAI DAN IKTIBAR
(a) Mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan
awal merupakan pedagang yang terulung
di Asia Tenggara ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 79)
Orang Melayu pada zaman kerajaan awal merupakan
pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara KERANA …..
·
Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca dapat memudahkan pedagang Melayu untuk
berurusniaga.
·
Pelabuhan
di Kepulauan Melayu terletak di tempat yang strategik menyebabkan banyak
pedagang asing singgah untuk berdagang.
·
Orang Melayu memiliki semangat ingin meneroka menyebabkan
timbul keinginan untuk pergi berdagang dengan masyarakat luar.
·
Orang Melayu memiliki kemahiran membina kapal menyebabkan
mereka mempunyai kemudahan pengangkutan untuk pergi berdagang.
·
Kepulauan Melayu mempunyai bekalan barang dagangan yang
banyak menyebabkan pedagang luar datang untuk mendapatkan bekalan tersebut.
(b) Apakah cabaran yang menghalang orang Melayu
pada hari ini untuk kembali mengungguli bidang perdagangan
maritim ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. 79)
Cabaran yang menghalang orang Melayu pada hari ini
untuk kembali mengungguli bidang perdagangan maritim IALAH .....
·
Orang Melayu kekurangan dana untuk menjalankan
perdagangan besar-besaran.
·
Kepuluan Melayu hari ini tidak banyak
membekalkan barang dagangan menyebabkan pedagang luar kurang berminat untuk
datang berdagang di sini.
·
Orang Melayu tidak menguasai kemahiran
perdagangan dan pelayaran menyebabkan mereka tidak dapat berdagang ke tempat
yang jauh.
(c) Apakah usaha yang perlu dilaksanakan untuk
menjadikan sesebuah kerajaan sebagai kuasa maritim yang hebat ?
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan
Empat ms. XXX)
Usaha
yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesebuah kerajaan sebagai kuasa
maritim yang hebat IALAH .....
·
Kerajaan patut meningkatkan kestabilan politik negara
supaya keselamatan perairan maritim negara terjamin.
·
Kerajaan perlu menjalinkan hubungan diplomatik agar dapat
mengeratkan hubungan dengan negara luar.
·
Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang berkualiti agar
pelabuhan dapat diuruskan dengan lebih cekap.
·
Kerajaan patut mendirikan akademi maritim agar dapat
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang pelayaran.
·
Semua pihak perlu memupuk semangat berani meneroka lautan
dalam kalangan masyarakat agar generasi muda memiliki keyakinan diri yang
tinggi.
·
Kerajaan patut menyediakan peruntukan kewangan yang cukup
agar dapat membantu pihak yang berminat dalam bidang maritim.
(d) Wajarkah kerajaan memberikan penekanan kepada
perdagangan maritim sebagai langkah
untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara ?
Berikan
hujah yang menyokong pendirian anda.
(Ruj : Sejarah KBSM Tingkatan Empat
ms. XXX)
· Langkah kerajaan memberikan penekanan kepada
perdagangan maritim untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara adalah tindakan
yang wajar.
·
Ini adalah kerana perdagangan maritim dapat menggalakkan
pelaburan asing ke negara kita. Sebagai
contohnya, kita dapat meningkatkan pelaburan dalam bidang perkilangan, perladangan, perbankan dan sebagainya.Hal ini
menyebabkan negara kita menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Ekonomi negara bertambah maju kerana hasil pengeluaran negara semakin meningkat.
Sebagai kesimpulannya, memberikan penekanan terhadap perdagangan maritim adalah
satu langkah positif kerana kita bukan sahaja dapat meningkatkan imej
negara setanding dengan kuasa maritim lain, malah kita dapat meningkatkan keyakinan
negara luar terhadap keupayaan negara kita. Dengan itu, pengaliran dana asing
untuk melabur di negara kita kian bertambah.
Titanium Watch Band - the first T-shirt design for the
This is a T-shirt design for 2019 ford edge titanium for sale the T-shirt design ford edge titanium 2019 for the T-shirt design and titanium cookware the micro hair trimmer T-shirt titanium cookware design for the T-shirt design.