Instrumen Yang Digunakan Dalam Pentaksiran Sekolah / Pentaksiran Bilik Darjah

1. PEMERHATIAN
Instrumen yang memerlukan murid melaksanakan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.

2. PERSEMBAHAN
Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.

3. PROJEK
Tugasan dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.

4. PRODUK
Murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk

5. AMALI
Mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

6. TUGASAN BERTULIS/KARYA PENULISAN
Murid menghasilkan laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi dan format

7. PENSEL DAN KERTAS/UJIAN BERTULIS
Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

8. LEMBARAN KERJA

9. SOAL JAWAB

10. KUIZ

11. SENARAI SEMAK

12. LATIHAN/TUGASAN RUMAH

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306