Thursday, June 25, 2015

Faktor-Faktor Dan Kesan Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor-Faktor Pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895:
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang

  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
  • Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii)  Perkongsian Perkhidmatan Pakar

  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan

  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v)  Faktor Keselamatan

  • Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan


Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895

  • Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
  • Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam
  • Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad
  • Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
  • Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
Sultan-sultan NNMB tidak puas hati
Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
Ahli-ahli Durbar ialah;
i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
    Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
    Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

Jawapan cadangan:

          Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

          Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkan Persekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan.

          Antara faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 ialah masalah kewangan Pahang. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa. Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak.

               Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang. Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kos pentadbiran Pahang. Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan, diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.

          Selain itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 seperti kelemahan Sistem Residan. Kerajaan British menyedari  bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen.

         Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasa residen. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.

          Faktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan cara berbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu.

Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu. Melalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.

          Selain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan 1896 juga memperlihatkan pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.

          Pembentukan Persekutuan turut memberikan beberapa kesan. Antara kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1896 ialah pemusatan kuasa residen jeneral. Dalam Sistem Persekutuan, residen jeneral merupakan ketua kerajaan pusat yang mempunyai kuasa penuh dalam bidang pentadbiran di NNMB. Residen jeneral akan membuat semua keputusan-keputusan penting terutamanya dalam soal kewangan. Sultan-sultan dan residen-residen diarahkan supaya meminta nasihat residen jeneral dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan terutamanya yang berkaitan soal pentadbiran. Residen jeneral telah menubuhkan beberapa buah jabatan kerajaan untuk menyelaraskan pentadbiran. Residen jeneral telah melantik pengawai-pengawai British untuk berkhidmat dalam Jabatan Persekutuan. Sistem Persekutuan ini tidak berjaya untuk membahagikan kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri kerana residen jeneral mempunyai kuasa penuh.

          Kesan-kesan lain seperti kemerosotan kuasa sultan, residen, dan Majlis Mesyuarat Negeri. Pemusatan kuasa di tangan residen jeneral menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan. Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka semakin kurang kerana berlaku pemusatan kuasa di tangan residen jeneral pula. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Sultan tidak mempunyai hak dalam pentadbiran. Sultan hanya berperanan menandatangani rang undang-undang yang telah dipersetujui oleh residen jeneral sahaja. Residen British juga kehilangan kuasa kerana terpaksa menerima semua arahan daripada residen jeneral, tugas-tugas residen telah diagihkan kepada Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak berfungsi sepenuhnya kerana hanya meluluskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh residen di Kuala Lumpur.

          Seterusnya, pemusatan dan penyelarasan pentadbiran melalui Persekutuan 1896 telah menunjukkan kejayaan dalam bidang pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam dan sistem perhubungan yang baik. Keadaan ini telah menarik lebih ramai pelabur-pelabur menanam modal dalam perusahaan bijih timah dan getah.

          Kesimpulannya, pembentukan persekutuan 1896 sememangnya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti masalah kewangan Pahang, masalah kelemahan sistem residen, masalah dalam pentadbiran dan juga untuk mengatasi masalah pertahanan dan keselamatan. Pembentukan Persekutuan 1896 turut memberi beberapa kesan seperti kuasa para residen British, sultan, dan pembesar Melayu dikurangkan.



Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895

Faktor Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) telah dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan 1895 tetapi dikuatkuasakan pada tahun 1896. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur.

Berikut adalah diantara faktor-faktor terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895 :-
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang- undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

(ii) Krisis Kewangan Pahang
  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
  • Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan

(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor

(iv) Sistem Perhubungan
  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

(v) Faktor Keselamatan
  • Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895

Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895. Satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa Tampin.

Menurut Perjanjian Persekutuan 1895 ini, Raja-Raja yang berkenaan bersetuju menempatkan diri mereka dan negeri-negeri mereka di bawah lindungan Kerajaan British dan menjadikan negeri-negeri mereka satu persekutuan yang akan dikenali sebagai Protected Malay States yang akan ditadbirkan dengan nasihat dari Kerajaan British.  Faktor-faktor termeterai Perjanjian Persekutuan 1895 ini ada diterangkan di Terjadinya Perjanjian Persekutuan 1895.

Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan.

Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen masih kekal di negeri masing-masing. Frank Swettenham adalah Residen Jeneral Pertama NNMB dari tahun 1896 hingga 1900.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union.

Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
  1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai “Ngeri-negeri Melayu Bersekutu”. Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
  2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempat-empat negeri itu.
  3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
  4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
  5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.
  6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
  7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
  8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
  9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
  10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.
  11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
  12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
  13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
  14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan.
Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu)
 Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur dan tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896:
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.

Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.

2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Kesan-Kesan Akibat Kuasa Sultan Dikurangkan:
Sultan-sultan NNMB tidak puas hati. Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah.
Ahli-ahli Durbar ialah;
  1. Pesuruhjaya Tinggi
  2. Raja-Raja Melayu
  3. Residen Jeneral
  4. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

Saturday, June 20, 2015

Agro pelancongan - Konsep Pelancongan Alaf Baru

Siapa yang tidak gemar untuk melancong. Setiap kali menyebut perihal melancong, sudah tentu tempat-tempat yang menghiburkan seperti taman tema serta kawasan yang mendamaikan seperti pulau, gunung, tasik dan pantai tergambar di kotak fikiran kita. Dengan aktiviti-aktiviti yang tersusun, tempat-tempat ini bukan sahaja akan dapat menghiburkan dan menenangkan jiwa seseorang, bahkan akan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang lain. Namun kini, agropelancongan atau ‘agrotourism’ kian mendapat tempat di dalam hati pelancong dalam dan luar negara. Agropelancongan merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan pelancong pelbagai aktiviti luar bandar seperti lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, rekriasi dan riadah. Pelancong juga berpeluang untuk tinggal di chalet atau inap desa dan melakukan aktiviti-aktiviti harian masyarakat luar bandar.

Secara ringkasnya, agropelancongan adalah bentuk pelancongan yang memanfaatkan budaya luar bandar sebagai tarikan pelancong. Konsep agropelancongan ini telah lama diperkenalkan di negara-negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat. Malahan di Amerika Syarikat sendiri, aktiviti agropelancongan ini dipercayai telah bermula sejak tahun 1800-an. Disana, pengunjung berpeluang untuk memetik sendiri buah-buahan dan sayuran, menunggang kuda, merasai pengalaman mengutip kepingan madu, membuat keju dan merasa sendiri kehidupan di ladang. Di Thailand pula, agropelancongan telah digunakan sebagai salah satu medium utama untuk menarik pelancong dari seluruh dunia. Saban tahun, berjuta-juta bath telah diperuntukkan oleh Kerajaan Thailand untuk membangunkan industri agropelancongan negara itu. Di Greece pula, industri agropelancongan telah diperkenalkan khusus untuk menarik pelancong ke kawasan pergunungan dan tempat-tempat yang kurang popular dan terpinggir, dengan objektif untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut.

Seiring dengan negara-negara membangun yang lain, kerajaan Malaysia tidak ketinggalan telah menjadikan industri agropelancongan ini sebagai peluang bagi membuka mata masyarakat setempat dan pelancong luar negara untuk mendalami dan merasai sendiri keunikan aktiviti-aktiviti luar bandar yang istimewa serta keenakan buah-buahan tempatan. Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor merupakan projek ulung agropelancongan yang telah diperkenalkan sejak tahun 1989 lagi. Pengunjung berpeluang untuk mengunjungi Taman Buah-buahan Tropika dan Taman Rempah Ratus serta Rumah Iklim Empat Musim. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan riadah seperti berkhemah, memancing, merentas hutan, berkayak, berbasikal, aktiviti Paintball dan Skytrex Adventure. Chalet dan rumah-rumah penginapan juga ada disediakan bagi kemudahan pengunjung yang ingin bermalam. Selain itu, terdapat lebih daripada 100 tempat lagi di seluruh Malaysia yang menyediakan aktiviti agropelancongan ini, antaranya Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang yang terletak di negeri Perlis, Taman Agro Teknologi Mardi di Langkawi Kedah, Pusat Memproses Madu Lebah FAMA di Kuala Nerang, Kedah, Taman Agro Teknologi Mardi di Cameron Highlands Pahang, Pusat Penerangan dan Santuari Penyu di Cherating, Pahang dan Taman Pertanian di Sabah.

Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pembangunan agropelancongan adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, manakala Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi dalam dan luar negara. Produk-produk agropelancongan pula terdiri daripada:-


  • Agropelancongan yang berasaskan warisan agro/ berasaskan ladang atau kilang seperti ladang warisan, taman botani, ladang ternakan, lawatan / aktiviti ladang dan pemprosesan agro.
  • Agropelancongan yang berasaskan perdagangan dan pertanian seperti hasil kraftangan dan pengeksploitan kebermusinan hasil.
  • Agropelancongan berasaskan kulinari seperti masakan tradisional negeri /etnik
  • Agropelancongan berasaskan kesihatan dan kesejahteraan seperti spa, rawatan alternatif yang mungkin terdiri daripada spa ikan, bekam lintah dan sebagainya

Di Malaysia, agropelancongan ini dilihat sangat berpotensi untuk menarik pelancong ke negara kita. Menurut sumber Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jumlah pelancong ke pusat agropelancongan diunjurkan meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 2010 kepada 6 juta pelancong pada tahun 2020. Selain itu, agropelancongan juga dapat membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar. Aktiviti-aktiviti seperti penjualan produk tempatan, pembukaan restoran dan pembinaan chalet dan inap desa dilihat dapat dijadikan pendapatan tambahan kepada masyarakat tempatan. Selain itu agropelancongan juga telah memberi manfaat positif dalam menangani masalah pengangguran dan penghijrahan luar bandar, kerana generasi muda mempunyai peluang untuk menjana pendapatan tanpa perlu berhijrah ke bandar yang lebih besar. Chalet dan inap desa contohnya akan memerlukan ramai pekerja tempatan dalam operasi sehariannya. Penghasilan barangan kraftangan pula membuka ruang bagi surirumah untuk menambah pendapatan.

Hubungan antara kerajaan dan penduduk tempatan dilihat sangat penting dalam membangunkan industri agropelancongan. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi khusus untuk membangunkan industri agropelancongan ini, antaranya dengan mempelbagaiakan produk agropelancongan, menyediakan pakej pelancongan mengikut negara, menaik taraf kemudahan asas, penginapan dan pengangkutan di pusat agropelancongan serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan agropelancongan. Penglibatan penduduk tempatan pula dilihat sebagai satu aspek yang sangat penting dalam aktiviti agropelancongan dan perlu dirancang dengan teliti, kerana industri pelancongan bergantung semata-mata terhadap budaya tempatan dan sumber-sumber semula jadi, dan penglibatan penduduk tempatan dalam operasi tempat-tempat agropelancongan ini. Tanpa kerjasama daripada kedua-dua entiti ini sudah tentu industri agropelancongan ini semakin lama semakin pudar dan akhirnya hilang begitu sahaja.


Bahan Rujukan Lain:


Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Usaha-usaha Menjayakan Industri Tradisional

1.0 Pengenalan

Industri tradisional sememangnya tidak boleh dipinggirkan kerana mempunyai potensi yang begitu besar dan penghasilannya juga dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi penduduk dan negara ini. Ulaskan pernyataan tersebut dan jelaskan cara-cara memajukan industri tradisional.
Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri tradisional yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. industri tradisional merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

Memang tidak dapat disangkal bahawa industri tradisional merupakan salah satu industri yang berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Jika industri tradisional ini dimajukan, peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan.

Selain itu, industri tradisional yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan juga dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita. industri tradisional di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industry ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan Negara kita. Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri tradisional sebagai satu industri yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan sanggup memperuntukkan jumlah yang lebih besar untuk industri ini. Di samping itu, konsep jualan hasil industri tradisional melalui orang tengah harus digantikan dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau di dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha di bandar. Oleh itu, industri tradisional haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagi menghidupkan industri tradisional ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk menceburi industri tradisional supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia .

2.0 Usaha-usaha menjayakan industri tradisional

2.1 Kerajaan
Usaha pertama yang boleh dilakukan ialah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka yang berminat. Bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri tradisional. Kerajaan boleh memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan. Sebagai contoh, kerajaan perlu banyak mengadakan kursus yang berkaitan industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan tradisional.

Untuk memajukan lagi industri desa kerajaan boleh memperkenalkan konsep”Satu Daerah Satu Produk”. Melalui cara ini, setiap kampung perlu menghasilkan sesuatu produk dan memasarkan sendiri barangan mereka. Dalam hal ini, mereka perlu diberikan bimbingan,latihan dan cara-cara untuk memulakan sesuatu industri desa. Sebagai contoh, kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan rancangan ”Satu Daerah, Satu Industri”. Sesungguhnya, setiap kerajaan negeri boleh mencontohi usaha tersebut untuk mengembangkan ekonomi masyarakat khususnya di luar bandar.

 Pihak kerajaan perlu mendorong rakyat Malaysia membeli barang buatan desa melalui kempen yang dilaksanakan. Pihak kerajaan perlu bersikap proaktif dengan mewajibkan kakitangan kerajaan agar memakai baju batik pada setiap hari Khamis.

Selain itu,pihak kerajaan harus mempromosikan hasil industri tradisional dan kain batik ke seantero dunia. Sehubungan itu, para pelancong asing akan tertarik dengan keunikan kain batik. Natijahnya, industri pelancongan akan turut berkembang maju.      

Misalnya kerajaan hendaklah menyediakan peralatan moden dan canggih seperti bot berteknologi canggih. Hal ini membolehkan para nelayan meningkatkan hasil tangkapan ikan dan seterusnya mempelbagaikan produk yang diperbuat daripada ikan,misalnya ikan kering dan keropok lekor.

2.2 Pengusaha
Pengusaha industri tradisional perlulah menvarlasikan corak, nilai estetika dan keaslian produk industri tradisional yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan industri tradisional negara. Selaras itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa.

 Selain itu, pengusaha industri tradisional haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri tradisional mengaplikasikan pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari nanti produk industri tradisional negara mampu duduk sebaris dengan produk industri tradisional antarabangsa. Tuntasnya pengusaha industri tradisional haruslah lebih berinisiatif dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri tradisional dapat bersaing secara kompetitif di peringkat global.

2.3 Penggunaan alat-alat teknologi moden
Penggunaan alat-alat teknologi moden penting untuk meningkatkan keluaran dan kualiti industri desa. Penghasilan produk industri tradisional yang semakin meningkat dan berkualiti penting untuk mewujudkan daya saing. Pihak yang terlibat perlu mengadakan kursus tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Sebagai contoh, penggunaan mesin penting untuk menghasilkan produk industri tradisional yang berkaitan dengan pembuatan makanan tradisional. Jelas bahawa penggunaan alat teknologi moden, akan menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri tradisional.

Konsep pelaksanaan industri kecil-kecilan yang dilaksanakan berdasarkan produk-produk yang sedia wujud di kampung-kampung berkenaan boleh dijadikan sebagai menambah pendapatan selain memberikan khidmat runding cara atau bantuan mesin di bawah pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau MARDI. 

2.4  Media massa
Peranan media massa amat penting dalam usaha kita mengekalkan industri tradisional.ini. Media massa bertanggungjawab mempromosikan industri tradisional kepada seluruh warga Malaysia. Sejajar dengan kepesatan arus pemodenan, peranan media massa dalam usaha mengekalkan industri tradisional amat penting sekali. Media massa seperti media elektronik amat sesuai dengan pemikiran generasi muda sekarang,  media ini memegang amanah mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang keunikan barangan kraf tangan.

 Selain itu, wartawan rancangan Majalah 3 juga tidak ketinggalan melaporkan kepelbagaian barangan industri tradisional seperti seni anyaman, seni ukir kayu, seni sulaman, hasil kraf tembikar dan perusahaan membuat barangan logam. Oleh itu, peranan media massa menerusi promosi hasil industri tradisional sememangnya tepat kerana kewujudan media elektronik sebagai medium untuk mempromosikan industri tradisional selari dengan gaya hidup moden generasi muda pada alaf baru ini. Lagipun,  rakyat Malaysia mempunyai televisyen di rumah masing-masing.

Media massa boleh menjadikan iklan barangan industri tradisional sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan. Rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa media massa bertanggungjawab menggalakkan rakyat membeli barangan industri tradisional.

2.5  Sekolah
Sekolah juga merupakan salah satu organisasi bagi memajukan industri industri tradisional. Pihak sekolah haruslah mendedahkan maklumat kepada para pelajar dengan lebih mendalam lagi tentang kesenian industri tradisional supaya industri industri tradisional tidak ditelan zaman. Sebagai contoh pihak sekolah menganjurkan pameran dan mengadakan pertandingan hasil industri tradisional,  secara tidak langsung pelajar akan terdedah dengan industri industri tradisional. Hal ini kerana pelajar masa ini lebih cenderung memilih barangan moden dan berjenama. Pihak sekolah juga haruslah menubuhkan kelab warisan yang lebih menerapkan kesenian industri tradisional. Dengan adanya kelab-kelab sebegini industri tradisional tidak lenyap ditelan zaman. Secara tidak langsung, pelajar dapat menonjolkan bakat yang terpendam dan kreativiti mereka untuk menghasilkan barangan industri tradisional mengikut imaginasi serta acuan mereka sendiri akan terlaksana.

Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan negara. Guru-guru boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan industri tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan industri tradisional.Oleh hal yang demikian, guru adalah suri teladan kepada pelajar.

2.6 Ibu bapa
Ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan industri tradisional. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah.Contohnya, perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak.

2.7 Peranan individu
Kita membeli barangan industri tradisional dan menggunakannya. Barangan industri tradisional berkualiti dan setanding dengan barangan import. Kita harus berbangga dengan barangan industri tradisional. Kita perlu menggunakan barang industri tradisional dalam kehidupan seharian. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan menyokong barangan industri tradisional.

Seterusnya, perihal masyarakat dewasa ini, suka akan barang yang mempunyai reka bentuk moden. Hal ini menyebabkan barangan tradisional khususnya barangan daripada hasil kraf tangan di Malaysia semakin dipandang lesu oleh segenap lapisan masyarakat. Masyarakat seharusnya mengetepikan persepsi negatif terhadap hasil industri tradisional yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Masyarakat itu sendiri perlulah memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap industri tradisional dengan cara membeli barangan tradisional seperti bakul anyaman, wau, hasil ukiran tangan dan hasil sulaman. Dengan cara ini akan menaikkan taraf industri tradisional di negara kira. Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri tradisional itu sendiri dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan industri tradisional di Malaysia. Jelaslah bahawa komitmen dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri tradisional di negara kita.


3.0 Kesimpulan
 Konklusinya, industri tradisional sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan  per kapita negara. Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri tradisional. Para pengusaha  industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri tradisional di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia Boleh!

Bahan Rujukan Lain:


Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Inap Desa

Inap desa adalah satu produk pelancongan yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor perkhidmatan pelancongan. Inap desa dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.

 Terdapat pelbagai keistimewaan program inap desa dan antara fokus utama ialah pelancong boleh mengenali, mengikuti, mempelajari dan mengamalkan sendiri cara kehidupan seharian masyarakat desa. Pelancong akan menyewa dan tingga bersama keluarga angkat. Di sinilah berlaku interaksi dengan komuniti setempat contohnya pelancong boleh mempelajari adat resam, dan budaya. Contohnya membuat wau, gasing dan kueh tradisional.  

 Inap desa menjanjikan kedamaian jiwa berbandingan kehidupan bandar yang sibuk. Anda akan mendapati bahawa rentak kehidupan di desa agak santai di sini berbanding kehidupan di bandar dan bagi mereka yang menghargai ketenteraman hidup di kampong. Pelancong akan dapat melihat anak-anak bermain dengan riang di halaman, bebas, kerbau berkubang di bendang-bendang dan burung-burung berkicau di pohon-pohon rendang. Bukan itu sahaja, bahkan pelancong berpeluang menjalin hubungan rapat dengan keluarga angkat yang mesra menerima kedatangan mereka dan melayan mereka sebagai salah seorang ahli keluarga.

 Pelawat dan pelancong akan dapat menikmati budaya maufakat di kampung.  Bagi masyarakat di inap desa suka-duka dikongsi bersama. Tetamu  yang datang disambut dan diraikan. Budaya gotong-royong sangat ketara ketika majlis berkhatan dan kenduri kahwin. Semua orang adalah orang penting untuk mengambil bahagian dalam apa-apa peristiwa di desa. Kalau kematian semua orang turut bersedih. Pengalaman ini tidak dapat dirasa di bandar, kerana di inap desa, “ wang bukan segala-galanya”.

Keistimewaan Inap desa dengan Gerakan Dasa Wawasan menekankan kepada pembangunan insan sejahtera melalui penjanaan sumber kekayaan tempatan, “ kehidupan desa” adalah produk yang mampu menjana sumber ekonomi. Sebenarnya rumah tradisi, sifat ramah-tamah, saling kenal-mengenali, hidup berkasih-sayang dan kekeluargaan mempunyai nilai “wang” kepada pelancong asing dan tempatan. Sebenarnya inilah yang dicari-cari oleh seseorang manusia yang hilang nilai-nilai kemanusiaan. Contoh cara hidup yang seimbang di inap desa ada nilai komersil tanpa perlu menyediakan bangunan yang mahal dan indah untuk dijadikan hotel.

Bahan Rujukan Lain:


Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Langkah-langkah memajukan Inap Desa

Darsawarsa ini, pelancongan desa atau inap desa merupakan industri perkhidmatan yang kian popular di negara kita . Pada tahun 2000 sahaja, anggaran pelancongan yang berkunjung ke Malaysia mencecah 10.2 juta orang. Senario ini, menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling ramai menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa turut menjadi pilihan dan mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di kampung dan mengalami sendiri atau secara dekat budaya dan adat resam negara kita bak kata pepatah Melayu, masuk kandang kambing mengembek, masauk kandang kerbau menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak bergading bahu memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus bersinar dan berkembang maju?

Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen yang berkesan dan menyeluruh melalui pelbagai media massa untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebar luas kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat dengan menggunakan media yang sesuai, misalnya media alternatif. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan industri pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman atau sekadar indah khabar dari rupa sahaja. Oleh hal yang demikian, mengadakan kempen yang berkesan merupakan langkah progmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan serta memanfaatkan masyarakat desa.

Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan haruslah menyediakan dan membangunkan prasarana pelancongan dalam negara. Dengan adanya prasarana yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama bukan sahaja kepada pelancong domestik malah pelancong-pelancong asing. Kemasukan pelancong asing secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi di desa. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf prasarana pelancongan rumah penginapan, kafe siber , bekalan air bersih, kafe dan juga system perhubungan dan pengangkutan. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk di tangga, maka industry inap desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan selaku agensi yang bertanggungjawab dalam bidang pelancongan perlulah merangka program jangka panjang ke arah meningkatkan prasarana bersangkutan dengan sector pelancongan.

Selain itu, pihak pengurusan ‘homestay’ atau pengusaha inap desa perlu merangka pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan ‘homestay’ boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti pertunjukan kesenian dan kebudayaan untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, permainan tradisional, menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan. Program sebegini bukan sahaja dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa para pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan kreatif dan inovatif , sudah pasti industri pelancongan desa akan terus mundur dan hilang serinya. Tegasnya, pihak pengurusan ‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai prasyarat untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Selanjutnya, kerajaan perlulah merangka dasar jangka panjang dan jangka pendek untuk memajukan sektor pelancongan negara. Kempen “Cuti-Cuti Malaysia” dan ‘Tahun Melawat Malaysia” perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dengan diwarnai pelbagai aktiviti sokongan seperti Pesta Flora Antarabangsa, Pesta Wau Antarabangsa, Acara Sukan Peringkat Antarabangsa dan Pameran LIMA, Pameran Buku dan sebagainya. Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraftangan. Industri desa haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu pusat pelancongan desa.

Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai ‘aur dan tebing’ dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia .Senario ini secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang ‘penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat’. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia.

Bahan Rujukan Lain:


Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Pelancongan Desa

Pelancongan ialah satu industri yang menguntungkan terutama bagi negara-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, warisan silam, adat resam serta keindahan alam. Di Malaysia, kesemua ciri ini ada dalam kehidupan masyarakat desa. Hal ini demikian kerana majoritinya masih mengamalkan dan mempertahankan adat resam nenek moyang yang terdahulu. Di samping itu, cara hidup mereka juga masih lagi dipengaruhi oleh nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, bekerjasama selain mengamalkan cara hidup yang sederhana tanpa mementingkan diri sendiri.

Para pelancong yang ingin mengetahui suasana perkampungan yang sebenar dan ingin mengetahui cara memproses getah dan padi tidak ketinggalan menyertai program pelancongan industri desa (homestay). Program ini secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sosial ekonomi penduduk desa.

Selain daripada menghayati kehidupan di desa , para pelancong sudah tentu ingin menikmati keindahan alam semula jadi negara yang sememangnya kaya dengan flora dan fauna. Oleh yang demikian, pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan artis-artis kesenian asli akan wujud dengan pesatnya. Manakala kegiatan pertukangan kayu, ukiran, tenunan, lakaran dan lain-lain akan berkembang menjadi satu perusahaan yang memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha desa.

Dari segi manfaat bukan berbentuk kewangan, industri pelancongan dapat membantu masyarakat desa membina keupayaan dan meningkatkan kemahiran. Penglibatan dalam pelbagai bidang seperti pemandu pelancong, pengusaha industri desa dan penyediaan perkhidmatan pelancongan akan dapat meningkatkan kemahiran mengurus projek, memantapkan bakat kepimpinan dan pengurusan kewangan yang lebih cekap.

Selain itu, pelancongan juga akan dapat membantu masyarakat desa mengekalkan warisan budaya dan adat resam yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Jika segala warisan ini telah lenyap atau hanya boleh dirujuk melalui pembacaan buku-buku sejarah, tidak ada makna lagi para pelancong mengunjungi sesebuah komuniti kerajaan kerana yang mereka ingin lihat telah tidak ada lagi.

Kunjungan kerap para pelancong juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan di desa. Kerajaan tentu tidak mahu imej negara tercalar disebabkan keadaan yang disediakan di tempat tumpuan pelancong tidak berada pada tahap memuaskan. Hal ini secara tidak langsung memberi kebaikan dari segi peningkatan keselesaan kehidupan masyarakat luar bandar.

Seterusnya, pelancong juga dapat membantu menjamin alam sekitar serta flora dan fauna di desa terpelihara. Siapa mahu ke Kuala Selangor lagi jika kunang-kunang di sana pupus dek kerakusan manusia? Selain itu, penduduk desa akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dengan menunjukkan industri herba yang sumber semula jadinya diperoleh dari hutan yang berhampiran. Dari segi kesihatan pula, penduduk desa akan lebih terjamin kesihatan mereka kerana kurang terdedah kepada pencemaran alam sekitar akibat daripada diratah pembangunan.

Sememangnya industri pelancongan dapat menyumbang kepada peningkatan sosial ekonomi penduduk desa , namun penduduk perlu memastikan apa yang ingin mereka persembahkan kepada pelancong adalah suatu yang asli, bermoral dan selaras dengan kehendak mereka.

Bahan Rujukan Lain:


Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Panduan Menulis Objektif Kajian

OBJEKTIF KAJIAN

BAGAIMANA MENULIS OBJEKTIF KAJIAN
Ojektif Kajian dihasilkan berdasarkan soalan.

Lihat setiap pecahan soalan dan tambah kata kunci yang sesuai.
contoh:
Gunakan ini sebagai panduan sahaja.
Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri.
Bahan Rujukan Lain:

Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3

Panduan Menulis Kaedah Kajian

KAEDAH KAJIAN

BAGAIMANA MENULIS KAEDAH KAJIAN
Kaeadah Kajian bermaksud cara -cara yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat.
Setelah menentukan objektif kajian pastikan apakah kaedah (cara) yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.

JENIS Kaedah Kajian yang boleh digunakan adalah
a) Kaedah Rujukan - Iaitu membuat rujukan buku, majalah, akhbar atau rujukan internet
b) Kaedah Pemerhatian- Iaitu pergi ke kawasan kajian untuk lihat sendiri.
c) Kaedah Soalselidik- Iaitu menemubual responden yang sesuai dengan kajian dan mengemukakan soalan dengan menyediakan borang soal selidik.

contoh:


Setelah pastikan Kaedah Kajian, senaraikan kaedah tersebut dan huraikan jenis maklumat yang diperoleh.


Contoh Penulisan Kaedah kajian

Saya telah menggunakan beberapa Kaedah Kajian untuk mengumpul maklumat kajian. Seperti:

a) Kaedah Rujukan.
Melalui kaedah ini saya telah memperoleh maklumat seperti konsep kegiatan ekonomi, jenis pekerjaan dan usaha-usaha meningkatkan pendapatan.

b) Kaedah P..........
Melalui ........

c) Kaedah S ....
Melalui ........
Gunakan ini sebagai panduan sahaja.
Pelajar digalakkan menggunakan ayat sendiri.

Bahan Rujukan Lain:

Takrifan dan Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Kajian Jenis Pekerjaan Penduduk
Kajian Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk:
Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan

Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Panduan Penulisan Tugasan Geografi PT3