Laporan Aktiviti Gotong-Royong


Pada 12 Mei 2014 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing.

      Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya.

      Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.

      Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan,kaum wanita telah manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera..Selain itu,wakil penduduk Kampung Sri Aman turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama kami membersihkan kawasan sungai.

     Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang.Meskipun keletihan, namun kami berasa sungguh gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

February 16, 2021 at 4:51 PM

Ada sedikit kesalahan ejaan..tapi tetap karangan yang baik

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306