LANGKAH 1: CALON HENDAKLAH BACA SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN
- Anda akan menerima skrip soalan kertas 1 (1103/1).
- Pastikan anda telah menyiapkan karangan bahagian A
- Lihat bahagian B, terdapat lima soalan yang dikemukan untuk anda jawab salah satu daripadanya.
- Ingat jawab satu soalan sahaja, bukan semua.
- Baca kelima-lima soalan tersebut, fokus kepada tema dan tugasan
- Lihat contoh soalan di bawah;
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
1. [Sifat ingin bersaing mencetuskan perlumbaan untuk memburu kejayaan]. Sifat ini bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hidup kita.
Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan teks ucapan untuk anda sampaikan kepada sekumpulan remaja di sebuah sekolah menengah.
2.[Amalan menabung dan berjimat cermat perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi]. Amalan tersebut diharapkan berterusan sehingga mereka dewasa.
Huraikan [peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita].
3. [Perpaduan kaum di negara ini mesti dikekalkan bagi menjamin negara kita dapat bcrgerak maju dalam keadaan harmonis].
Berikan pendapat anda tentang [cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia].

4.[Ketidakstabilan politik, kekacauan dan peperangan dalam kalangan negara di dunia] ternyata banyak menimbulkan kesan negatif khususnya dalam bidang ekonomi dan kehidupan rakyat.
Bincangkan pernyataan di atas.
5.Sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan pertandingan penulisan cerpen yang membawa tema patriotisme. Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut,
Tulis cerpen itu selengkapnya.
LANGKAH 2: PILIH SOALAN YANG ANDA YAKIN BOLEH JAWAB DENGAN BAIK
i. Punca/ Faktor/ Sebab iii. Peranan Ibu Bapa
ii. Langkah/ Usaha/ Cara/ Strategi
3. [Perpaduan kaum di negara ini mesti dikekalkan bagi menjamin negara kita dapat bergerak maju dalam keadaan harmonis.
Berikan pendapat anda tentang [cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia].
LANGKAH 3: TENTUKAN TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN
LANGKAH 4: TULIS RANGKA KARANGAN SECARA KASAR
ii. Isi-isi Jawapan
iii. penutup
LANGKAH 5: MENULIS KARANGAN DENGAN KATA TUGAS PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
Belakangan ini, isu perpaduan kaum semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok negara. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk memperkasakan semangat perpaduan dalam kehidupan harian mereka. Persis kata peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya perlu dilaksanakan untuk menjayakan usaha tersebut. Persoalannya, apakah cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia?
Antara langkah untuk menyelesaikan kemelut ini ialah pihak kerajaan perlu mengadakan lebih banyak kempen secara berterusan di seluruh negara. Hal ini kerana, kempen yang dijalankan dengan menyeluruh itu akan dapat menyedarkan orang ramai tentang sesuatu isu atau gejala yang sedang melanda negara. Sebagai contoh penganjuran Karnival Komuniti 1Malaysia oleh Kementerian Penerangan Malaysia telah berjaya membentuk minda dan sikap rakyat yang lebih positif. Saya optimis, pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi kempen penerangan untuk mengurangkan sesuatu gejala yang tidak baik melanda negara.
Selain itu, peranan pihak media massa yang berkesan amat dituntut untuk mengatasi masalah atau gejala ini daripada terus berpanjangan tanpa kesudahan. Kita cukup yakin dengan peranan media massa yang merupakan penjana utama perubahan minda dan pemikiran rakyat. Sebagai contoh, stesen televisyen utama negara seperti TV3 telah menyiarkan pelbagai rancangan untuk membentuk sahsiah generasi muda seperti al-Kuliyyah dan Motivasi Pagi. Tegasnya, pihak media massa perlu menyumbang tenaga dalam usaha mengatasi masalah atau gejala ini dengan lebih berkesan lagi.
Di samping itu, masalah atau gejala yang sedang melanda negara kita ini boleh diatasi dengan penglibatan yang lebih serius daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak sejak mereka dilahirkan lagi berbanding orang lain. Sehubungan dengan itu, didikan agama yang sempurna perlu diberikan sejak anak-anak masih kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, peranan ibu bapa amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu program mengatasi gejala yang dibincangkan ini.
Seterusnya, segala usaha yang dibincangkan sebelum ini untuk mengatasi masalah atau gejala tersebut tidak akan berjaya sekiranya setiap individu yang terlibat masih ditakuk lama. Oleh itu, perubahan sikap seluruh rakyat di negara ini hendaklah berlaku secara besar-besaran tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. Jelaslah, perubahan sikap individu adalah satu elemen yang penting untuk menyelesaikan masalah ini. Persis kata peribahasa, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih boleh dijadikan panduan setiap individu yang terlibat untuk mengatasi masalah tersebut.
Tuntasnya, terdapat pelbagai cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, perlu dihayati bersama-sama untuk menjayakan hasrat murni ini.Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.
LANGKAH 6: MENGHAFAL ISI KARANGAN: KATA TUGAS SEBAB/ PUNCA/ FAKTOR
ISI 1: SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT
Punca utama menularnya masalah atau gejala ini di Malaysia ialah sikap setiap individu yang terlibat yang suka melakukan aktiviti negatif. Kebanyakan daripada kita lebih suka bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab kepada negara tercinta ini.Dengan ini, aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara dan agama serta normal masyarakat akan dilakukan sehingga menggugat keharmonian negara ini. Oleh itu, sikap individu turut mempengaruhi berlakunya sesuatu masalah atau gejala yang tidak sihat dalam keadaan masyarakat kita.
ISI 2: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK
Selain itu, kegagalan ibu bapa memberi didikan agama dan moral yang sempurna juga oleh dikaitkan dengan timbulnya masalah atau gejala ini. Hal ini kerana, ibu bapa zaman sekarang lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi daripada menjaga anak-anak mereka sendiri. Sikap lepas tangan ini dapat dilihat apabila mereka telah menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada pengasuh dan guru-guru di sekolah. Tegasnya, ibu bapa turut berperanan meningkatkan gejala yang kita bincangkan ini.
ISI 3: PENGARUH MEDIA MASSA
Di samping itu, pengaruh pihak media massa yang telah menyiarkan pelbagai rancangan dan program yang negatif di kaca televisyen telah meningkatkan lagi masalah ini. Hal ini demikian kerana, pengaruh media masa sangat kuat dalam membentuk keperibadian dan akhlak rakyat di negara ini. Kita amat sedih dengan pihak media massa yang tidak sensitif dengan suasana dan budaya ketimuran yang kita amalkan selama ini. Jelaslah bahawa, pihak media massa telah menjadi penyebab gejala ini terus meningkat dalam masyarakat kita yang semakin membimbangkan kita semua.
ISI 4: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SILAP MEMILIH RAKAN
Selain itu, pengaruh rakan sebaya atau silap memilih rakan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan timbulnya masalah atau gejala ini. Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa pembentukan sahsiah atau perketi remaja sekarang amat kuat dipengaruhi rakan-rakan mereka. Hal ini kerana, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan berbanding dengan orang lain seperti ibu bapa, guru-guru dan ahli keluarga. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya sangat hebat sehingga mampu mempengaruhi seseorang remaja menjadi baik atau jahat.
ISI 5: MASYARAKAT TIDAK PRIHATIN / CAKNA MASALAH SETEMPAT
Di samping itu, sikap masyarakat yang kurang prihatin atau tidak mengambil tahu isu-isu semasa yang sedang melanda di persekitaran mereka telah meningkatkan lagi masalah atau gejala tersebut. Semangat ukhuwah dan persaudaraan telah semakin hilang daripada jiwa anak watan akibat perubahan zaman moden ini. Pada masa yang sama, persekitaran kampung dan taman perumahan tidak lagi menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi muda yang lebih berakhlak. Justeru, masyarakat yang tidak prihatin ini telah menjadi punca meningkatnya masalah atau gejala ini di negara kita.
ISI 6: KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG OLEH PIHAK KERAJAAN
Seterusnya, faktor lain yang telah meningkatkan lagi masalah atau gejala ini di negara kita ialah kelemahan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada oleh pihak kerajaan. Hal ini, telah menyebabkan mereka yang melanggar peraturan atau undang-undang negara sering kali sahaja terlepas begitu sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan pesalah ini selamat daripada sebarang tindakan mahkamah seperti denda atau penjara. Saya optimis, masalah atau gejala ini semakin berleluasa di negara kita kerana kegagalan pihak kerajaan mengambil tindakan dengan lebih tegas terhadap individu yang terlibat melanggar undang-undang negara kita.
LANGKAH 6: MENGHAFAL ISI KARANGAN: KATA TUGAS LANGKAH/ USAHA
ISI 1: PERANAN PIHAK KERAJAAN

ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA
Selain itu, peranan pihak media massa yang berkesan amat dituntut dalam untuk mengatasi masalah atau gejala ini daripada terus berpanjangan tanpa kesudahan. Kita cukup yakin dengan peranan media massa yang merupakan penjana utama perubahan minda dan pemikiran rakyat. Sebagai contoh, stesen televisyen utama negara seperti TV3 telah menyiarkan pelbagai rancangan untuk membentuk sahsiah generasi muda seperti al-Kuliyyah dan Motivasi Pagi. Tegasnya, pihak media massa perlu menyumbang tenaga dalam usaha mengatasi masalah atau gejala ini dengan lebih berkesan lagi.
ISI 3: PERANAN IBU BAPA

ISI 4: PERANAN RAKAN SEBAYA
Umum mengetahui bahawa, peranan rakan sebaya merupakan salah satu langkah yang singnifikan dalam kerangka kita menyelesaikan masalah atau gejala ini. Tugas seorang rakan yang baik ialah menjadi penasihat kepada taulan supaya melakukan segala kebaikan dan meninggalkan semua perkara yang negatif. Malah, mereka juga perlu menjadi teladan kepada orang lain. Apabila remaja sentiasa melihat akhlak rakan-rakannya yang baik, berbudi bahasa dan menjunjung budaya ketimuran sudah pasti mereka juga akan mengikut sama amalan tersebut. Jelaslah, paranan rakan sebaya amat signifikan untuk membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku seseorang remaja di negara kita.
ISI 5: PERANAN MASYARAKAT
Di samping itu, masalah atau gejala yang sedang bermaharajalela ini boleh dibenteras dengan penglibatan masyarakat kita secara menyeluruh. Masyarakat berperanan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk menangani isu-isu yang berlaku di persekitaran mereka. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu membudayakan amalan atau cara hidup yang mulia secara konsisten berdasarkan tuntutan agama. Tegasnya, masyarakat mampu menjadi salah satu mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan gejala yang sedang menjadi virus kepada negara pada hari ini.
ISI 6: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU

LANGKAH 7: MENGHAFAL ISI KARANGAN: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA
ISI 1: IBU BAPA MEMBERI DIDIKAN AGAMA & ILMU PENGETAHUAN
Peranan utama ibu bapa untuk melahirkan generasi yang bijak ialah memberi didikan agama dan ilmu pengetahuan yang sempurna. Apabila ilmu penuh di dada sudah pasti anak-anak mampu menilai sesuatu perkara dengan baik dan rasional sebelum dilakukan. Pada masa yang sama ibu bapa perlu mengajar anak-anak dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mereka bekerja dan mendapat kesenangan hidup di dunia ini. Saya optimis, ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan pengetahuan untuk menjadi seorang insan kamil.
ISI 2: IBU BAPA MENJADI SURI TELADAN ATAU “ROLE MODEL”
Selain itu, peranan ibu bapa untuk melahirkan warganegara yang baik ialah mereka perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan insan yang paling dihormati dan disayangi oleh anak-anak. Sehubungan dengan itu, ibu bapa mestilah menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak terutama dari segi penghayatan rohaniah, adab-adab dan budaya masyarakat timur semasa membesarkan cahaya mata mereka itu. Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan yang terbaik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka sejak kecil lagi, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
ISI 3: IBU BAPA MEMBERI MOTIVASI DAN DORONGAN
Di samping itu, anak-anak yang semakin meningkat dewasa ini perlu diberi motivasi dan sokongan yang padu daripada ibu bapa untuk menjadi insan yang sempurna. Semangat yang diberikan itu akan meningkatkan lagi usaha anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam bidang pilihan mereka. Misalnya, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berkat sokongan, doa dan solat hajat yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Tegasnya, motivasi dan sokongan daripada ibu bapa sangat ditagih untuk meningkatkan semangat anak-anak untuk berjaya dalam hidup mereka.
ISI 4: IBU BAPA MEMANTAU AKTIVITI HARIAN ANAK-ANAK
Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk memantau segala aktiviti harian yang dilakukan oleh anak-anak sama ada di rumah atau di luar rumah. Di rumah ibu bapa mestilah menyediakan jadual harian bermula dari awal pagi sehingga malam dengan aktiviti yang boleh menjana minda mereka. Apabila mereka berada di luar rumah, ibu bapa wajib memantau rakan sebaya yang rapat dengan anak-anak mereka untuk mengelak daripada tersalah memilih rakan. Justeru, ibu bapa mestilah memantau sebarang aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka sama ada di rumah atau di luar rumah untuk mengelak berlakunya perkara yang tidak kita ingini.

- Anda digalakkan memilih soalan 1, soalan 2 atau soalan 3 sahaja.
- Pilih soalan yang mengandungi kata tugas seperti di bawah;
i. Punca/ Faktor/ Sebab iii. Peranan Ibu Bapa
ii. Langkah/ Usaha/ Cara/ Strategi
- Pastikan anda memilih soalan yang anda telah hafal isi-isi jawapannya.
- Elakkan menjawab soalan yang anda ragu-ragu atau tidak ada isi jawapan.
- Jangan membuat keputusan dua kali kerana anda tidak cukup masa untuk menulis karangan B.
3. [Perpaduan kaum di negara ini mesti dikekalkan bagi menjamin negara kita dapat bergerak maju dalam keadaan harmonis.
Berikan pendapat anda tentang [cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia].
LANGKAH 3: TENTUKAN TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN
- Anda dikehendaki menentukan tema, tugasan dan kumpulan sasaran bagi soalan yang telah dipilih.
- Tema berada pada ayat pernyataan iaitu di bahagian atas soalan.
- Tugasan pula biasanya berada pada ayat arahan di bahagian bawah.
- Jangan keliru ada soalan tema dan tugasan ditulis bersekali, jadi anda perlu mengasingkannya seperti karangan A juga.
- Kumpulan Sasaran pula perlu merujuk kepada siapa yang ditujukan sama ada para remaja, para pelajar, anggota masyarakat, dan semua pihak
- Langkah ini sangat penting agar anda dapat menulis dengan betul dan karangan anda tidak terpesong.
LANGKAH 4: TULIS RANGKA KARANGAN SECARA KASAR
- Anda wajib merangka terlebih dahulu karangan anda.
- Rangka perlu mengandungi 3 bahagian iaitu;
ii. Isi-isi Jawapan
iii. penutup
- Tanpa rangka, penulisan anda akan terganggu atau penceritaan anda akan tersekat-sekat.
- Rangka dapat mengelak anda daripada mengulangai isi yang sama dalam perenggan berikutnya.
- Contoh rangka karangan;
BAHAGIAN | KETERANGAN |
PENDAHULUAN | AT: Bekalangan ini, isu perpaduan kaum semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok negara.KS: Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk memperkasakan semangat perpaduan dalam kehidupan harian mereka.BI: Persis kata peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapatsagunya perlu dilaksanakan untuk menjayakan usaha tersebut.TG: Persoalannya, apakah cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaumdi Malaysia? |
ISI-ISI JAWAPAN | 1.Perubahan pihak kerajaan2.Peranan Media massa3.Peranan Ibu Bapa4.Perubahan Sikap individu yang terlibat |
PENUTUP | AP: Tuntasnya, terdapat pelbagai cara untuk memperkukuh perpaduankaum di Malaysia.AC: Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untukmemperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain.BI: Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biarsampai ke pangkal lengan, perlu dihayati bersama-sama untukmenjayakan hasrat murni ini.AH: Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan sebuahmasyarakat yang bersatu padu akan dapat direalisasikan menjelangtahun 2020 nanti. |