TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA
KATA TUGAS: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
ISI 1: MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA
Antara peranan ibu bapa untuk menjaga anak-anak ialah memberi didikan agama yang sempurna sejak kecil lagi. Anak-anak perlu diajar amalan asas dalam agama seperti membaca al-quran, solat dan mengimarahkan masjid. Amalan tersebut mampu mengawal mereka daripada melakukan maksiat. Apabila tidak melakukan maksiat maka mereka akan selamat dan berjaya. Tegasnya memberi didikan agama menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka .
ISI 2: MENJADI SURI TELADAN KEPADA ANAK-ANAK
Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan contoh terbaik dalam keluarga. Hal ini demikian kerana, anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah. Segala kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak mereka. Kelakuan yang baik akan ditiru oleh mereka. Begitu juga kelakuan yang kurang elok juga akan diikut. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak setiap hari.
ISI 3: MENCURAHKAN KASIH SAYANG KEPADA ANAK- ANAK
Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Kasih sayang amat diperlukan oleh seorang anak. Mereka mahukan belaian kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa jangan terlalu mementingkan kerjaya dan kekayaan semata-mata. Anak-anak juga harta berharga yang perlu dijaga. Jelaslah, ibu bapa berperanan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
ISI 4: MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH
Seterusnya, ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu sangat penting untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya. Anak-anak akan menjadi insan yang kreatif dan inovatif. Mereka akan mudah mendapat perkerjaan setelah menamatkan pelajaran mereka. Setelah mendapat pekerjaan yang baik mereka akan membantu ibu bapa pula. Justeru, ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah demi masa depan mereka yang lebih baik.
ISI 5: MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI YANG BAIK
Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti tersebut perlu sesuai dengan kehendak mereka. Contohnya, ibu bapa mengajak anak-anak untuk bersenam dan bersukan pada waktu petang. Bersenam dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, anak-anak perlu di bawa melancong ke tempat menarik seperti di kawasan air terjun, tempat bersejarah dan tapak karvinal 1Malaysia. Jadi, masa lapang anak-anak tidak terbuang begitu sahaja.
ISI 6: MENEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK
Selain itu, ibu bapa wajib menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Teguran tersebut untuk mendidik mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak biasanya tidak menyedari kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Mereka akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh. Saya optimis, ibu bapa mestilah menegur setiap kesalahan anak-anak mereka setiap hari.
Home »Unlabelled » Modul Pemulihan Karangan B, Calon Lemah