TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI

ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA

          Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan lebih tegas lagi. Tindakan ini akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka. Kesalahan itu tidak akan diulangi lagi setelah dikenakan denda atau penjara. Denda yang dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya optimis, pihak kerajaan berperanan untuk mengatasi masalah ini.


ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA

          Selain itu, peranan pihak media massa juga penting untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa bertanggungjawab menyiarkan rancangan yang mendidik masyarakat. Rancangan tersebut perlu menerapkan nilai-nilai hidup yang positif.  Nilai ini mampu menghalang masyarakat kita mengamalkan budaya hidup barat. Masyarakat kita akan lebih bertanggungjawab. Tegasnya, peranan media massa sangat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

ISI 3: PERANAN RAKAN SEBAYA

          Di samping itu, peranan rakan sebaya sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Rakan sebaya yang baik akan mengajak kita melakukan kebaikan. Mereka juga akan melarang kita melakukan keburukan. Rakan boleh menjadi penasihat kepada kita semua. Nasihat itu sangat berguna dalam kehidupan kita. Hidup kita menjadi lebih teratur dan sempurna lagi. Jelaslah, peranan rakan sebaya mempu mengurangkan masalah ini.

ISI 4: PERANAN IBU BAPA

          Seterusnya, peranan ibu bapa juga ditagih untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang sempurna. Didikan ilmu agama perlu diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Orang tua-tua ada berpesan melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dihayati oleh ibu bapa. Anak-anak akan menjadi seorang insan yang baik. Mereka tidak akan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan ibu bapa perlu diperkasakan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 5: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT

          Akhir sekali, segala usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap individu yang terlibat. Setiap individu perlu berubah daripada bersikap negatif kepada positif. Segala perbuatan yang tidak baik mestilah ditinggalkan dengan segera. Perbuatan buruk itu telah merugikan diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri. Jadi, kita perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dan rasional. Natijahnya, perubahan sikap individu yang terlibat sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306