Kejadian kemalangan jalan raya terus meningkat saban tahun di Malaysia.
Huraikan kesan-kesannya.




Kemalangan jalan raya bermakna satu kejadian kemalangan yang membawa kematian dan kecederaan manusia. Biasanya, kemalangan berlaku di kawasan jalan kampung yang sempit dan berselekoh itu. Jadi, ada banyak impak yang berlaku apabila kejadian ngeri ini terjadi di jalan raya itu.


Akibat yang pertama ialah kemalangan boleh meragut banyak nyawa dan kecederaan dalam kalangan masyarakat kita. Banyak kematian berlaku kerana pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan terutamanya memandu dalam keadaan yang laju dan mengantuk itu. Lantaran itu, hentaman atau pelanggaran yang berlaku begitu kuat sehingga mangsa kemalangan terkorban pula.


Selain itu, kerugian dalam aspek kewangan turut berlaku apabila sesuatu kejadian kemalangan terjadi itu. Setiap kemalangan pasti membawa kerosakan kenderaan yang perlu dihantar ke bengkel kereta untuk dibaiki dengan kos yang tinggi. Sesungguhnya, pengguna akan kerugian wang apabila kereta mereka terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya itu.


Tambahan pula, kekerapan kemalangan jalan raya yang berlaku boleh menyebabkan imej negara pada mata orang asing terjejas. Orang ramai akan beranggapan bahawa pengguna jalan raya negara ini tidak bertanggungjawab dan suka memandu dalam keadaan bahaya pula. Jelaslah, maruah dan imej negara akan dipandang rendah oleh masyarakat terutamanya pelancong asing jika kemalangan terus berlaku.


Kejadian kemalangan jalan raya yang berleluasa turut menjadikan masyarakat berasa gerun untuk menggunakan kemudahan awam itu. Perasaan takut dan bimbang wujud kerana mereka berpendapat jalan raya amat bahaya dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Maka, jalan raya di negara ini akan menjadi kosong kerana masyarakat bimbang tentang keselamatan mereka itu.





Konklusinya, semua kesan kemalangan jalan raya itu akan berlaku apabila kadar kemalangan ini tidak dikawal oleh pihak berkuasa. Usaha mengenakan denda yang lebih tinggi dan berat harus dilaksanakan kepada pengguna yang memandu secara berbahaya itu.Peribahasa biar lambat asal selamat harus menjadi pegangan setiap pengguna jalan raya kerana nyawa mereka lebih penting daripada cepat sampai ke destinasi itu.

Copyright © Koleksi Pendidikan Template Design by RzaaL 1306