Aspek Yang Dinilai Dalam Karangan B:
a. Penilaian dibuat secara holistik berpandukan kriteria dan peringkat yang ditetapkan.
b. Penggunaan pelbagai jenis kata atau kosa kata yang luas dan tepat.
c. Penggunaan pelbagai ayat majmuk.
d. Ejaan dan tanda bacaan.
e. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.
f . Idea yang relevan dengan tugasan dalam soalan yang diberikan.
g. Kematangan idea dan contoh yang sesuai.
h. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
i. Wacana yang lengkap dan ada kesinambungan idea.
j . Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
k. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
l . Format karangan
Contoh soalan karangan:
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk.
bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk = TUGASAN
Contoh Perenggan 4 Unsur
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga = ISI UTAMASalah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknyaketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagimembendung masalah sosial remaja.
elemen = KOSA KATA MENARIK
Sehubungan itu = PENANDA WACANA
ibarat isi dengan kuku = UNGKAPAN MENARIK
Selain itu = PENANDA WACANA
rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga = FRASA MENARIK
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja = AYAT CONTOH
Sejajar dengan itu = PENANDA WACANA
Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja. = AYAT PENEGAS