TEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA
KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA
ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI
Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan kurang ilmu agama di jiwa. Ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan kejahatan. Seseorang itu tidak akan berasa dirinya bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan.
ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya akan menjadi ikutan para remaja. Para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan daripada ibu bapa mereka sendiri. Keutamaan itu tidak kira walaupun salah akan dituruti mereka. Mereka akan merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan sebaya memang menyebabkan masalah ini berlaku.
ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK-
ANAK
Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya masalah ini. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi. Kekayaan itu telah melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab mendidik ilmu agama telah diabaikan. Agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Anak-anak bebas melakukan maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa telah gagal mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang menjadi penyebab timbulnya masalah ini.
ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA
Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi. Pelbagai rancangan yang negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik perhatian para penonton. Para penonton akan meniru aksi yang dilihat itu. Aksi seorang mat rempit akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah meyebabkan berlakunya masalah ini di negara kita.
ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA
Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus berpanjangan. Pihak berkuasa gagal mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada tidak mencukupi. Kelemahan itu telah menyebabkan pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan masyarakat kita. Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.
Home »Unlabelled » Modul Pemulihan Karangan B, Calon Lemah Oleh Mohd Zulkifli Bin Ramli